Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Cara menikmati Lok-Lok sangatlah mudah, iaitu dengan memilih jenis makanan yang ingin kita makan, kerana makanan yang disajikan masih belum masak sepenuhnya jadi kita berikan ke pelayan untuk di sajikan.

Cara penyajian makanan dengan 3 cara iaitu digoreng, direbus dan dipanggang. Terserah pada selera pengunjung. Makanan ini sangat murah, enak dan sihat kerana  dari daging, sayur segar dan bahan makanan pilihan.

Anda suka makan Lok-Lok tetapi ragu dengan status halalnya?  Usah bimbang lagi kerana kini sudah ada restoran menjual  makanan  ini yang sangat sedap, harga berpatutan dan confirm halal.  Sesiapa yang berminat boleh datang terus ke  Restoran Enak Rasa yang terletak di No.29, Jalan  Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Suka Makan Lok Lok Tetapi Risau Status Halalnya?  Cuba Yang Ini, Confirm Halal & Sedap.

Melihatkan susunan isian Lok-Lok  tersusun cantik dalam pinggan di  kios bertingkat di luar restoran  dalam keadaan segar, membuatkan  penulis teruja tak sabar nak makan. Rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana satu, semuanya nampak sedap.

Pilih punya pilih tak sedar  entah berapa cucuk dah pilih termasuklah sayur.  Tak sampai  lima minit pilihan Lok-Lok yang telah dipilih diambil oleh pembantu restoran untuk di celup dalam sup panas menggelegak di sebelah kios. Baru duduk kat meja air, Lok-Lok menyusul   di meja  masih panas siap dengan lelehan sos  Sambal Kacang  dan Sos Kicap Tiram.

IKLAN

Perghhh…  masuk mulut je terasa keenakannya,  memang ni Lok-Lok versi Malaysia, rasa sos  Sambal Kacang  yang pedas manis dan  dibland pulak dengan rasa masin kicap. Memang terangkat sedapnya .  Cukup rasa, sesuai sangatlah dengan nama restorannya Enak Rasa.

Lok-Lok  Enak Menggiurkan

Sesiapa yang  suka Lok-Lok,  makanan yang popular di kalangan Masyarakat Cina ini, wajib datang ke restoran ini dan cuba sendiri, ajak kawan-kawan dan keluarga. Bukan hanya sedap harga pun berbaloi. Satu cucuk hanya RM1.30 dan sayurnya RM1.00 secucuk. Pilihlah berapa banyak pun, ikut selera. Tak mau makan di kedai boleh tapau, sos asing. Ada lebih 24 pilihan isian Lok-Lok dan ditambah dengan variasi sayur-sayuran.

Kalau tak mau makan  Lok-Lok, ada makanan lain boleh dicuba  seperti  nasi ayam memang boleh layan, Sup Gear Box sangat mengacam  dan  soto nasi impit campur bihun  juga boleh layan.

IKLAN

Suka Makan Lok Lok Tetapi Risau Status Halalnya?  Cuba Yang Ini, Confirm Halal & Sedap.

Atau nak yang lebih ringan boleh makan lempeng. Ada tiga jenis lempeng yang disediakan, iaitu Lepeng Pisang, Lempeng Kelapa dan Lempeng Telur. Bayangkan makan panas-panas cicah dengan  Sambal Merah dan Sambal Hijau…

IKLAN

Menurut pemilik restoran ini Aidil Yasin yang juga pemilik Katering Enak Rasa yang memang tidak asing lagi dalam industri F & B, restoran Enak Rasa memulakan operasi seawal pukul  7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Waktu pagi, restoran ini juga  ada menyediakan menu  sarapan pagi dan tengah hari. Untuk hidangan tengahari pelbagai lauk nasi campur ada disediakan.  Sementara Lok-Lok hanya dijual sebelah petang hingga ke malam.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI