Loyal Burger Perkenal Salted Egg Cream Crispy Chicken Burger

Share

 

 

Burger adalah makanan biasa sahaja. Namun jika bijak menjadikannya luar biasa, sudah pasti burger tersebut mendapat perhatian orang ramai. Itulah yang dilakukan oleh Loyal Burger apabila mempopularkan Salted Egg Cream Crispy Chicken Burger.

Menariknya salted egg yang digunakan bukanlah sos segera yang boleh didapati banyak di pasaran. Sebaliknya sos tersebut dihasilkan sendiri oleh pemilik Loyal Burger, Zuhdi Kamardin dan Ahmad Kamil. Semuanya demi kepuasan pelanggan dan dapat hasilkan hidangan burger berbeza berbanding burger biasa.

Menurut Zuhdi, menu tersebut dijual kerana dia mahukan kelainan burger yang ada di pasaran. Malah belum ada lagi mana-mana gerai burger yang menawarkan burger seperti yang tawarkan oleh LOyal Burger.

“Kami sukakan kelainan. Kami cari burger yang lain kerana kami yakin pelanggan mahukan sesuatu yang baru. Sejak 28 Februari 2019 kami buka gerai Loyal Burger dan sambutan amat menggalakkan. Daripada satu gerai, kini sudah ada dua gerai. Sambutan amat menggalakkan,” cerita Zuhdi.

Selain Salted Egg Cream, turut ada adalah Original Chessy Sauce, Double Salted Egg dan Double Original Chessy Sauce. Variasi yang boleh dipilih pula ada dua iaitu Crispy Chicken Burger atau Crispy Chicken Tenders.

 

“Alhamdullilah. Setahun usia gerai burger ini, kami mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pelanggan. Rata-rata pelanggan amat suka dan puji kesedapan Salted Egg Cream Crispy Chicken Burger. Memang burger itulah yang menjadi burger terlaris dalam senarai jualan kami,” katanya lagi yang mengatakan burger boleh dipesan melalui Food Panda.

Selain sedap, burger ini juga dijual pada harga amat berpatutan. Bermula dengan harga RM4.49 hingga RM7.99. Ternyata harga ini memang amat menarik pelanggan untuk membeli.

“Resipi salted egg ini adalah resipi daripada keluarga. Namun kami olah dan sesuaikan rasanya supaya semua orang dapat menerima cita rasa salted egg ini. Malah sesuai untuk semua lapisan umur,” katanya lagi mengakhiri bicara.

INFO GERAI
Nama gerai : Loyal Burger
Pemilik: Zuhdi kamardin & Ahmad Kamil
Lokasi: Restoran Kambang KeLangit, XG-2, Blok K Jalan Plumbum 7X/X, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor & No 12, Jalan Boling Padang E 13/E, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Wajib cuba: Double Salted Egg
Waktu operasi: 5.30 petang -12.00 tengah malam. Gerai Seksyen 7 (Rabu-Isnin) & Gerai Seksyen 13 (Ahad-Jumaat)

Jom singgah!

Published by
Maryam Elyas