Baru-baru ini Loyang House, kedai pembekal bahan dan peralatan bakeri membuka cawangan kedua di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Paling membanggakan ia adalah milik bumiputra, usahawan Muslimah muda Siti Hajar Zainal yang baru menjejaki usia 30 tahun bersama dua rakan niaganya.Loyang House makin berkembang dengan pembukaan cawangan baru ini.
.
Kedai pertama telah dibuka sejak 2015 dan cawangan terbaru dibuka pada disember tahun lepas. Di antara produk yang paling laris dijual di sini adalah tin dan loyang pembakar kek dan biskut dan juga kotak kek. Selain itu bahan ramuan kek seperti kacang gajus, badam, walnut, cip coklat juga turut mendapat sambutan hangat.Loyang House adalah pusat sehenti bagi anda yang ingin mencari acuan, tin pembakar kek, bahan-bahan kek dan bakeri dan macam -macam lagi.
.
.
Bahan bakeri sejuk seperti krim dan mentega dan lain-lain juga ada di sini. Menurut Siti Hajar bahan dan barangannya adalah hasil tempatan dan juga luar negeri. Bekas akauntan ini mengakui setelah membuat kajiselidik ‘survey’ industri bidang perniagaan ini dia melihat ia mempunyai potensi yang baik kerana kebanyakannya masyarakat Islam lah yang pandai membuat bakeri dan pasteri.
Loyang House memudahkan pelanggan mencari barangan halal kepada usahawan kek dan biskut dan menjadi pusat sehenti untuk mencari bahan ramuan dan barangan bakeri.
.
.
Latar belakangnya sebagai akauntan juga banyak menyumbang kepada karier bisnesnya dalam memastikan perjalanan urusan kewangan berjalan lancar. Hakikatnya jiwa dan minatnya memang sebati dengan perniagaan.
.
Nama loyang dipilih sebagai nama kedai kerana ia adalah simbolik kepada peralatan kek yang dekat di hati masyarakat Melayu. Nama yang cukup klasik.
.
Loyang House juga menawarkan perkhidmatan mencetak imej dan foto di atas kek, yang diperbuat daripada bahan yang halal dan boleh dimakan. Prinsip perniagaan kedai ini cukup mudah iaitu bergerak mengikut komen dan kehendak pelanggan.
.
Ia turut menyediakan khidmat ‘service delivery’ melalui bisnes online Shopee yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Impian Siti Hajar dan dua rakan niaganya adalah untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan dan menjadi pembekal terus bahan bakeri daripada dalam dan luar negara.
LOKASI :
1. Loyang House
No 27-G, Wisma Moccis, Jelatek Business Centre, Jalan Jelatek 2,
Kuala Lumpur, Malaysia 54200
2. Loyang House (cawangan baru ) :
25, Jalan Camar 4/5A, Seksyen 4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Pemilik : Siti Hajar Zainal bersama dua rakan kongsi
Waktu operasi : Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum
10 pagi – 9 malam
ANDA SEDANG MENCARI MESIN PENGADUN DAN PENGISAR TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :