Bagi penggemar sajian berempah, resipi Ayam Goreng Kariini tentunya yang anda wajib cuba dan tidak boleh lepaskan. Sangat enak dan membuka selera. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan tekak rasa terliur. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noreen Elainie ni. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM GORENG KARI (SUKATAN 5 ORANG MAKAN)
BAHAN-BAHAN: Ayam secukupnya – dipotong dadu 1-2 biji bawang merah – potong dadu / cincang 2 sudu makan sos tiram – beli online disini Hirisan cili hijau secukupnya
BAHAN PERAPAN: 5 sudu makan serbuk cili – beli online disini 3 sudu makan serbuk kari – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini Cili hijau secukupnya Bawang putih secukupnya Halia secukupnya Serbuk perasa secukupnya Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan hingga rata. Biarkan selama ½ jam.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan cincangan bawang merah. Tumis hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul-gaul biar goreng dengan sekata.
4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi hingga semua bahan sempurna dan cukup rasanya.
5. Ayam Goreng Kari siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Ayam perlu dipotong kecil bertujuan supaya ia mudah masak bila digoreng bersama minyak nanti. Lebih enak jika dicampur bahagian isi bersama bahagian tulang. Kombinasi ini sangat sesuai dengan rasa rempah kari yang sedap.
Tak pernah mengecewakan. Ya, memang betul. Sangat sedap. Gulai ayam kalau dimasak dengan betul, memang akan jadi sedap teramat sedap. Tengok gambar pun tak terjentik urat selera nak makan. RASA kongsikan resipi daripada Azira Mamat. Resipi gulai ayam yang dimasak ini memang nampak sedap sungguh. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun sangatlah berbaloi sebab warna, rasa nak harumannya pasti membuka selera
BAHAN LAIN 3 sudu besar minyak masak (BELI DISINI) 3 sudu besar cili boh (BELI DISINI) Rempah 4 sekawan 2 sudu besar rempah kari (BELI DISINI) 3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros(BELI DISINI) Setengah ekor ayam Sedikit air Gula melaka secukup rasa (BELI DISINI) 1 sudu besar kerisik 1 keping asam keping (BELI DISINI) 2 biji kentang (dipotong dadu) 1 cawan santan Garam secukup rasa(BELI DISINI)
CARA MEMBUAT 1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni. 2. Masukkan ayam dan sedikit air. 3. Masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping. 4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap.
Resipi Ayam Bakar antara menu yang menjadi pilihan ramai ketika berbuka puasa. Tidak susah pun hendak menyediakan menu Ayam Bakar kerana hanya dengan menggunakan air fryer, kita boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat. Selain menu yang sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak, menu Ayam Bakar menjadi menu pembuka selera seisi keluarga. Mari kita cuba resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juice.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
Setiap kali puasa dan nak raya, ramai yang mengikuti dan menantikan apa yang Che Nom masak di Youtubenya mahupun di Resipi Che Nom. Menjelang Raya RASA ingin kongsikan 3 jenis resipi yang disediakan olehnya. Tiga menu ni sangat popular terutamanya di Kelantan dan Terengganu, iaitu masak kuzi, kerutub dan kurma. Sesuai sangat untuk dihidangkan dengan nasi bertumis seperti nasi minyak dan nasi tomato, dengan roti jala atau ketupat palas pun sedap.
AYAM KUZI BAHAN-BAHAN BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam | potong 12 bahagian
3 ulas bawang putih
sedikit garam BAHAN UNTUK DIGORENG:
250 ml minyak masak
15 ulas bawang merah| dihiris nipis
2 biji bawang besar| potong dadu
1/2 cawan kepingan badam |almond slices
1/2 cawan kismis
Hati dan pedal ayam | potong kiub
Garam dan gula secukup rasa BAHAN UNTUK KUAH :
5 ulas bawang merah | ditumbuk halus
4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
3 sudu besar rempah briyani | bancuh dengan air menjadi pes
125 ml air
3/4 tin susu cair
120 gm (1 tin kecil) tomato puri
2 batang serai | dititik
2 helai pandan | carik dan simpul
CARA MEMBUAT:
Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
Untuk bahan digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan.
Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat.
Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak.
Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit.
Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.
KERUTUB DAGING BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris dalam ketulan besar dan nipis
5 sudu besar rempah kerutub
1 senduk cili kisar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
2 senduk minyak untuk menumis BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
CARA MEMBUAT:
Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.
Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.
Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi.
Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih.
Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut atau nasi minyak.
INFO: Kuah kerutub sepatutnya dihidangkan pekat dan pecah minyaknya.
AYAM MASAK KURMA BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari
1 mangkuk kecil santan cair
1 batang karot | potong dadu besar
1 biji kentang | belah 4
1 biji bawang besar | belah 6
1 mangkuk kecil santan pekat
1 biji tomato | belah 4
2 biji cili hijau| belah 2
2 biji cili merah| belah 2
3 biji cili padi
garam secukup rasa BAHAN KISAR/TUMBUK HALUS:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia BAHAN BANCUH REMPAH:
1 pek rempah kurma/ 3 sudu besar
sedikit air CARA MEMBUAT:
Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu atau kisar.
Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, Che Nom tambah sedikit air putih…kalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ½ ekor.Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
Masukkan juga 1 biji bawang besar yang dibelah 6.
Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
Perasakan dengan garam secukupnya.
INFO: Che Nom masukkan sikit2 santan pekat sebab tak nak terlebih santan, tak sedap kalau terlalu berlemak. Kita nak kuah masak kurma yang masih pekat rasa rempahnya. Kalau guna santan kotak, anggaran 1 kotak kecil santan.