Bagi penggemar sajian berempah, resipi Ayam Goreng Kari ini tentunya yang anda wajib cuba dan tidak boleh lepaskan. Sangat enak dan membuka selera. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan tekak rasa terliur. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noreen Elainie ni. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM GORENG KARI (SUKATAN 5 ORANG MAKAN)
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya – dipotong dadu
1-2 biji bawang merah – potong dadu / cincang
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
Hirisan cili hijau secukupnya
BAHAN PERAPAN:
5 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan serbuk kari – beli online disini
1 sudu makan tepung jagung – beli online disini
Cili hijau secukupnya
Bawang putih secukupnya
Halia secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan hingga rata. Biarkan selama ½ jam.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan cincangan bawang merah. Tumis hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul-gaul biar goreng dengan sekata.
4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi hingga semua bahan sempurna dan cukup rasanya.
5. Ayam Goreng Kari siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Ayam perlu dipotong kecil bertujuan supaya ia mudah masak bila digoreng bersama minyak nanti. Lebih enak jika dicampur bahagian isi bersama bahagian tulang. Kombinasi ini sangat sesuai dengan rasa rempah kari yang sedap.
Kredit resipi & foto: Noreen Elainie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official