1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A. 2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin. 3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati. 5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit. 6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai). 7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing. 9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak. 2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis. 3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung. Wow.. Bagi peminat sajian Negeri Sembilan ni pasti dah kecur liur. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Tapi paling penting, kena guna kelapa asli. Barulah lagi enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Pasti berselera.
CARA MASAK LAUK MASAK LEMAK CILI API TENGGIRI BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri
Cili api hijau dan merah – ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Rebung
1 1/2 biji kelapa parut (diperah ambil pati sahaja. Pastikan guna kelapa tua)
1-2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1. Ambil rebung, cuci bersih, diramas sedikit untuk buang bau air rendaman rebung. Kemudian toskan.
2. Sediakan kuali. Masukkan ikan, cili dan kunyit yang telah ditumbuk, rebungdan juga santan. Sebatikan.
3. Kemudian buka api dan didihkan. Masak seperti biasa. Pastikan kuah sentiasa dikacau. 4. Bila kuah hampir pekat, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya
5. Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung siap untuk dinikmati.
INFO: Empunya resipi suka guna Tenggiri Bunga kerana isinya lebih lembut.
Ada lebihan inti pau jadi guna resipi yang sama dengan resipi pau. Jom kita buat roti bun. Bun ni letak kentang dan daging di dalamnya. Makan panas-panas memang best.
Bagi penggemar sajian Nasi Goreng Cili Padi, pastinya tahu akan keenakan hidangan ini. Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Noratiqah Nordin, beliau sudah banyak kali mencuba resipi Nasi Goreng Cili Padi pelbagai versi. Namun tetap jua memilik resipi yang diwarisi dari ibunya Puan Kartini Shoib. Memang sangat sedap kerana menggunakan bahan istimewa iaitu ikan bilis tebal, kiub ikan bilis dan ikan goreng (jika ada). Jadi bagi anda yang nak rasa, bolehlah cuba resipi di bawah ini.
CARA MASAK NASI GORENG CILI PADI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 pinggan penuh nasi Cili merah dan cili padi – ikut kepedasan yang disukai 1 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini Belacan – beli online disini 1/2 kiub pati ikan bilis 1/4 cawan ikan bilis tebal – beli online disini Isi ikan goreng (jika ada) 1 biji telur Garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan kecuali kiub ikan bilis, isi ikan dan telur. Boleh guna chopper. Jika tiada, boleh tumbuk sahaja.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
3. Masukkan isi ikan. Gaul lagi hingga bahan tumis masak.
4. Tambahkan kiub pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
5. Masukkan telur. Gaul lagi hingga telur masak.
6. Seterusnya masukkan nasi. Gaul dan rasa. Jika cukup semua dan sedap, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.