Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.

Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

UDANG KERING HOMEMADE

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

BAHAN-BAHAN:

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

  • Udang laut berkulit keras
  • Garam
  • Sedikit air

CARA MEMBUAT:

IKLAN

1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

IKLAN

3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.  

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

IKLAN

5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Macam Ni Rupanya Cara Buat Udang Kering. Fuhhh…Mudah Je! Malah Lebih Bersih & Diyakini Halal.

 

Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI