Macaroni bakar versi tanpa sos prego ini tetap sedap dan padu. Tak percaya? Kena cuba buat sendiri baru tahu.
Sesuai untuk dimakan waktu berbuka atau sahur. Kadangkala makan nasi pun bosan juga. Betul tak? Boleh ikut resipi yang diberikan oleh doktor Mastura Mukhtar ini ye.
Bahan-bahan:
100 gram macaroni (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
1 labu bawang Holland (cincang) – boleh beli online di sini
5 ulas bawang putih (cincang) – boleh beli online di sini
400 gram daging cincang
1 biji capsicum/lada benggala (potong dadu0
Sedikit daun bawang (hiris)
1 batang lobak merah (potong dadu)
Sedikit cili padi (hiris) – boleh beli online di sini
4 sudu makan rempah kari
2 sudu makan rempah sup
Garam – boleh beli online di sini
Gula secukupnya
2 sudu besar sos tiram
Cendawan butang (hiris)
Minyak masak
Bahan Sos Putih:
1 ½ cawan susu segar
2 sudu besar mentega – boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung (bancuh sikit dengan air panas. Kacau supaya tak berketul.
2 keping keju cheddar – boleh beli online di sini
Rebus macaroni. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Untuk masak macaroni, tumis bawang Holland dan bawang putih. Masukkan daging cincang. Setelah itu masukkan rempah kari, rempah sup, sos tiram dan tumis hingga terbit bau wangi.
Masukkan pula lobak merah, capsicum dn cendawang butang. Kacau dan masak sehingga rata. Setelah itu masukkan garam dan gula secukup rasa. AKhir sekali masukkan macaroni dan gaul sebati. Tambah daun sup.
Untuk sos putih, masukkan mentega, masak hingga cair. Kemudian tambah susu segar, tepung jagung dan keju cheddar. Gaul sebati.
Untuk membakar, masukkan macaroni ke dalam bekas. Tuang sos putih ke atas permukaan macaroni sebelum dibakar. Untuk yang suka keju lebih, boleh tabur keju mozarella
Masak 10 minit dengan suhu 180 darjah. Taburkan daun parsli segar untuk hiasan. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official