Macaroni Carbonara Lemak Berkrim tapi Tak Muak!

Share

Resipi macaroni carbonara ni memang sedap! Paling best buat untuk sarapan dapatlah rasa kenyang tu lama sikit sementara nak tunggu makan tengah hari. Anak-anak mesti seronok kalau mak masakkan menu ni untuk bekal ke sekolah. Resipi ini telah dikongsikan oleh Ruziawati Yusof di Facebook. Jom kita cuba resipi mudah ni.

 

MACARONI CARBONARA

 

BAHAN-BAHAN:

Buttercup 1 buku

Sosej 1 bungkus

Onions (4 labu)

Garlic (1 labu)

Sos Carbonara (Prego) (3 botol dan 2 tin)

Fresh Milk Dutch Lady (4 kotak)

Air

Macaroni (4 packs)

Broccoli

Garam

Ajinomoto

Tumix

Keju cheddar (Jika suka)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebuskan Macaroni bersama sedikit Minyak Masak dan Garam sehingga masak dan lembut. Boleh juga menggunakan jenis pasta yang lain seperti Spaghetti, Spirals ataupun Fettuccine. Sedap je semua tu

2. Toskan Macaroni. Tapi yang biasa Cik Wati buat, sambil rebuskan Macaroni tu, boleh siap potongkan bahan-bahan yang lain juga. So, sedang molek Macaroni tu masak dan lembut teksturnya, dah boleh kita terus gorengkan Meatballs ataupun Sosej tu. Dah sampai waktu nak masukkan Macaroni, kita pakai kaut aje dari periuk sebelah ke kuali yang kita gorengkan Meatballs ataupun Sosej tadi. Lebihan air rebusan tu biasanya Cik Wati buangkan aje. Senang kerja!

3. Panaskan kuali, masukkan 1/4 Butterlite @ Buttercup. Masukkan Meatballs yang dipotong kecil. Cik Wati menggunakan jenama Saudi Gold. Apa-apa jenis Meatballs pun boleh aje. Ikutlah citarasa masing-masing. Goreng Meatballs seketika sehingga menjadi sedikit garing. Tak ada Meatballs, kita guna Sosej pun boleh juga ya? Sama sahaja sedapnya. Don’t worry

4. Masukkan pula Bawang Besar dan Bawang Putih yang sudah dikisar untuk menaikkan aroma. Cik Wati kisar 1 biji Bawang Besar dan 3 biji Bawang Putih untuk satu packet Macaroni jenama Kimball yang biasa Cik Wati gunakan.

5. Setelah naik bau, masukkan 2 tin dan 3 botol besar Sos Carbonara jenama Prego dan kemudiannya Cik Wati tambahkan 2 tin dan 3 botol air masak ke dalam kuali. Kemudian, masukkan pula 4 kotak Susu Dutch Lady Fresh Milk. Setelah sos menggelegak, Cik Wati masukkan Macaroni yang telah direbuskan tadi dan tambahkan sedikit Garam serta Ajinomoto. Boleh juga jika mahu menambahkan lagi rasa dengan menggunakan 2 kiub Pati Ayam Maggi. (Sukatan air dan susu boleh ikut suka. Kalau rasa kurang, boleh tambah sukatannya sedikit demi sedikit. Ikut kesesuaian bahan yang digunakan. Ikut selera ya? Boleh belaka)

6. Untuk menambahkan pula rasa Macaroni menjadi lebih creamy, kita juga boleh masukkan 3 keping Cheese juga ya? Cik Wati guna jenama Cheesedale. 

7. Boleh tambahkan Broccoli jika suka. Siap untuk dihidangkan! Sedap dimakan ketika masih panas ataupun ketika sudah sejuk.

8. Boleh tambahkan juga sedikit Black Pepper Aji-Shio untuk rasa yang lebih ummmph!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ruziawati Yusof

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nadzirah Rashid