Sesekali tukar selera, kita buat Macaroni Cheese Bakar. Bukan sahaja anak-anak suka, kita sekeluarga pun gemar menikmatinya. Nak cita rasa Asia, boleh tambah sedikit cili kisar untuk rasai sedikit kepedasannya jika mahu. Jika tidak, kekalkan sahaja rasa aslinya mengikut cita rasa masing-masing.
Nak tahu cara menyediakannya? Mudah sahaja. Ikuti perkongsian resipi Macaroni Cheese Bakar ini daripada Puteri Hana Sofia. Memang tampak sedap dan menyelerakan. Jom kita buat untuk hidangan seisi keluarga.
Tercari-cari resipi MakaroniKeju Bakar yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan. Resipi perkongsian saudari Abby Razi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai dijadikan sajian makan malam atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI MAKARONI KEJU BAKAR
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni
1/2 cawan keju Parmesan cheese | diparut
BAHAN SOS PUTIH:
1/4 cawan mentega
2 cawan keju Cheddar | dicincang
3 cawan susu penuh krim/susu segar
2 1/2 sudu makan tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam sebagai perasa
BAHAN SOS MERAH:
Sedikit mentega untuk menumis
1 biji bawang besar Holland | dipotong dadu
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato ceri | dikisar
1/2 cawan cendawan butang | dihiris halus
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos putih, cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati. Tambahkan keju. Masak guna api yang perlahan dan kacau sehingga keju cair semuanya.
3. Masukkan lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan kuah merah, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
5. Masukkan tomato ceri dan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
6. Tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan juga cendawan. Kacau hingga semua bahan masak dan sebati.
7. Untuk menyediakan Makaroni Keju Bakar, masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan pada bungkusan. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan ia terlebih masak.
8. Sapukan mentega pada loyang kemudian masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
9. Tabur keju parmesan dan tuang kuah merah diatasnya. Ratakan. Tabur lagi keju parmesan dipermukaan.
10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175C selama 30 minit.
Berbuka puasa ada kalanya kita sampai tak tahu nak makan apa. Selalu sangat makan nasi, boleh jadi kita nak tukar selera. Kan? Apa kata kita buka puasa dengan menu barat ini? Sedap jugak tau.
BOW TIE PEDAS SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
Semangkuk bow tie (rebus, tos dan ketepikan)
5 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah (cencang)
5 ulas bawang putih (cencang)
Sedikit udang
Sedikit sotong
Sedikit kepah
1 tin cendawan
Cili padi (giling)
Serbuk jintan manis
1 biji capsicum
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomato
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar mentega
Garam
Gula
2 sudu besar kicap
1 biji cili merah
2 sudu besar serbuk keju
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, kepah dan cendawan. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi, serbuk jintan manis dan capsicum. Gaul rata.
4. Masukkan bow ties dan sedikit air rebusan tadi. Biarkan sekejap.
5. Masukkan pula sos cili dan pes tomato. Kacau.
6. Masukkan serbuk ketumbar, mentega, garam, gula dan kicap. Gaulkan.
7. Masukkan cili merah. Kacau seketika dan angkat.
8. Letakkan dalam pinggan. Taburkan serbuk keju. Hidangkan.
Kebiasaannya, orang akan buat spaghetti Bolognese atau Carbonara je kan? Tapi pernah dengar nama Pasta Pesto?
Apa kata kali ini, kita tukar selera sikit. Jom buat Pesto Pasta yang senang ni, hasil perkongsian saudara Arif Eddy.
Boleh la nak masukkan apa-apa protein seperti ayam, udang, ataupun buat versi vegan menggunakan cendawan butang.
PASTA PESTO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan daun basil segar 1/3 cawan pine nuts (saya guna pistachio) – beli online di sini 1/3 cawan keju parmesan parut segar 3 ulas bawang putih – beli online di sini 1/3 cawan minyak zaitun 1 sudu teh jus lemon segar 1/2 sudu teh garam Sedikit lada hitam
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!