Anda penggermar sajian Maggi Ketam? Hidangan ringkas yang popular di negeri Kelantan ini sebenarnya mudah sahaja disediakan. Ada pelbagai versi cara memasaknya. Tepuk dada, tanya hati. Ada yang ringkas dan ada juga yang sedikit banyak bahan rencah yang digunakan. Semuanya sedap dan membuka selera. Salah satu resipi Maggi Ketam yang mudah adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Wan Ash. Jom cuba.
CARA MASAK MAGGI KETAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera 1 ekor ketam nipah – berus kulit hingga bersih 2 ekor sotong 1/2 sudu besar sos cili – beli online disini Sawi batang putih Cendawan Tomato Cili Daun bawang
1. Didihkan air. Kemudian masukkan ketam dulu. Rebus sehingga masak. Kemudian masukkan sotong dan celur sampai masak. Angkat dan toskan.
2. Air rebusan tadi ditapis dan simpan. Ia akan digunakan kembali untuk membuat kuah. 3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi. Campurkan dengan perencah maggi kari. Tumis sehingga naik bau. 4. Bila sudah naik bau masukkan air rebusan ketam dan sotong tadi. Kemudian masukkan sos cili.
5. Kemudian masukkan cendawan atau apa-apa sayur yang lambat masak. Tunggu kuah mendidih dan biarkan cendawan masak.
6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan mi segera. Jika suka, boleh celur mi segera terlebih dahulu.
7. Kemudian terus masukkan sayur sawi dan tomato tadi. Dah siap terus masukkan dalam mangkuk atau pinggan.
8. Susun ketam dan sotong yang dimasak tadi. Nikmati bersama hirisan jus limau nipis.
Menu laksa memang menjadi kesukaan ramai. Kepekatan kuah laksa memberikan kenikmatan ketika makan. Boleh cuba buat laksa guna sardin tin. Memang sedap. Terus jadi rajin bila mudah pula nak memasaknya.
Laksa Sardin Tin
Bahan kuah:
2 tin sardin
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 ketul kiub ikan bilis
2 senduk cili kering yang dikisar
2 tangkai bunga kantan
3 ikat daun kesum
4 keping asam keping yang besar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Kisar bawang merah. Bawang putih, belacan, 1 tin sardin besar, tin sardin kecil dihancur kasar saja.
2.Dah kisar,masuk ke dalam periuk.
3.Masukkan cili kering yang dah dikisar 3 senduk.
4.Masukkan air ikut kepekatan yang kita nak.
5.Masukkan sardin hancur kasar.
6.Letak 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak-lemak ikan.
Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat. Kalau nak makan di kedai, agak susah nak jumpa restoran yang jual mi kicap yang kena dengan selera. Jadi, bolehlah cuba masak sendiri. Resipi ni hanya perlukan masa 15 minit je untuk masak. Bila buat sendiri ni, rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Malah pengguaan minyak bawang putih menaikkan lagi aroma hidangan ini. Barulah suami dan anak-anak makin sayang.
RESIPI MI KICAP PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 keping mi wantan ] rebus
250ml air
1 paket serbuk perencah sup ayam
BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):
3 biji bawang putih ] racik halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):
3 biji bawang putih ] racik halus
20ml minyak masak
1cm halia ]tumbuk
50ml kicap manis
50ml sos tiram
50ml kicap pekat
50ml cili sos
1 kiub pati bilis/ayam
5gm lada sulah
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.
3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.
4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.
5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.
Melalui facebook group Rasa Share Resepi, Meor Abd Marliza telah berkongsi resipi mi udang nyonya. Bagi peminat sup pastinya akan menggemari mi udang nyonya ini. Cita rasa mewah dengan udang segar dan hirisan fish cake. Boleh buat untuk hidangan seisi keluarga pada waktu hujung minggu nanti.
MI UDANG NYONYA
BAHAN-BAHAN
2 peket mi kuning (celur)
8 tangkai kangkung (potong 2 inci dan celur)
2 mangkuk taugeh (celur)
8 biji limau kasturi (belah dua)
4 biji telur ayam (rebus dan belah 2)
12 tangkai cili padi (hiris dan campur ke dalam 1/2 cawan kicap cair)
BAHAN KUAH
1 kg udang saiz besar (buang kepala dan kulit)
1 cawan ikan bilis (basuh bersih)
5 liter air
200 gram halia (buang kulit dan ketuk kasar)
4 keping fishcake (hiris)
1 kiub ikan bilis
1 senduk kecil prawn garlic cili sambal
Garam
CARA MEMBUAT KUAH
1. Rebus kepala udang, kulit udang dan ikan bilis bersama 5 liter air selama 20 minit. Selepas mendidih, keluarkan kepala udang, kulit udang dan ikan bilis tadi. Tinggalkan air rebusannya sahaja.
2. Masukkan halia dan fishcake ke dalam air rebusan.
3. Tambah kiub ikan bilis dan prawn garlic cili sambal.
4. Masukkan udang yang telah dikopek. Perasakan garam secukupnya. Masak lebih kurang 5 minit dan tutup api.
CARA MENGHIDANG
1. Masukkan mi kuning ke dalam mangkuk. Letakkan kangkung, taugeh, limau kasturi dan telur ayam rebus.
2. Tuangkan kuah atas mi. Bagi yang suka pedas boleh makan bersama cili padi kicap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!