MAGGI Lancar Kempen Sah Malaysia, Menghargai ‘Air Tangan’ Rakyat Malaysia

Share

Selama lebih lima dekad, MAGGI telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia. Antara produk yang menjadi kegemaran ramai adalah Sos Cili dan Mi 2 Minit MAGGI yang menyatu rakyat Malaysia di rumah untuk menyediakan hidangan yang lazat.

Keadaan ini sekali gus membuktikan MAGGI sebagai jenama kegemaran untuk menunjukkan kasih sayang menerusi ‘air tangan’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam setiap hidangan. MAGGI menzahirkan ‘cita rasa’ Malaysia sebenar menerusi ‘air tangan’ rakyat Malaysia.

‘Air tangan’ bukan saja bermaksud hasil masakan yang lazimnya disediakan untuk orang tersayang, ia juga mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia mengeluarkan setiap produk MAGGI. Sememangnya MAGGI dihasilkan oleh rakyat Malaysia, dengan dua kilang pengeluaran di Selangor dan Sarawak, yang bertekad membawa cita rasa tempatan kepada isi rumah di Malaysia.
“Kami amat berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina MAGGI dari generasi ke generasi. Daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasa terbaik Malaysia, kami amat menghargai jasa anda. Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,” kata En Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.
Sempena sambutan ini, MAGGI mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini. Antaranya termasuk penanam cili seperti Noraini binti Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas, untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk Sos Cili MAGGI, dan Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Bin Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan konsistensi cita rasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia. Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah penuh inspirasi.

Sepanjang tempoh sambutan ini, MAGGI menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘Air Tangan’ mereka sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia. Hantaran boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/.

Published by
Naqiyatul Uzma