Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung sudah memasuki episod ke 14 dimana hari ini menyaksikan aksi Nubhan Ahamad bersama ibunya Badariah Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Jenny yang telah berkongsi sajian-sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan.
Ditemani pengacara Raja Azura yang ke Kuala Pilah menjenguk kampung selebriti ini, banyak rahsia Nubhan masa kecil yang Mak Jenny bongkar. Ha…. Macam-macam kisah ya Nubhan ni.
Memasak depan rumah kampung macam ni, nampak selesa dan tenang je. Menu yang ringkas pun jadi lebih enak dan menyelerakan. Mak Jenny memang ‘sempoi’. Arahkan sahaja masuk bahan apa dulu. Kak Engku dan Nubhan la yang kena masak dan sediakan. Ha….Nasib baik menjadi elok masakannya.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan sajian orang Nogori. Mudah dimasak, rasa pun enak. Memang kena cuba.
1.NASI GORENG UDANG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan asi putih
- Satu genggam kubis
- 1/2 batang lobak
- 6 ekor udang (optional)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 paket SERI-AJI PERENCAH NASI GORENG IKAN BILIS 26g (paket kecil)
- Sedikit minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar (atau boleh tukar dengan 4 biji bawang merah)
- 3 ulas bawang putih
- 8 tangkai cili kering direndam (boleh tambah jika sukakan pedas atau kurangkan jika tidak suka pedas)
- 3 sudu besar udang kering – direndam
CARA MEMASAK:
- Bersihkan dan kopek kulit udang dan potong pada saiz kecil.
- Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
- Bersihkan dan kopek bawang besar dan bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan) kemudian tambahkan cili kering dan udang kering yang seterusnya kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukan sos tiram dan gaul sekata kemudian tambahkan udang dan gaul secara berkala seterusnya biarkan seketika sehingga udang masak.
- Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
- Setelah itu masukkan sayur dan SERI-AJI PERENCAH NASI GORENG IKAN BILIS
- Akhir sekali tambahkan nasi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa nasi goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.
2.PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin jagung manis berkrim
- 1 tin susu cair
- 1 ½ cawan gula
- 1 ½ cawan tepung kastard
- 3 cawan air
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Satukan air, tepung kastard dan gula. Kacau rata.
- Masukkan susu cair, jagung, gula dan garam. Kacau rata. Setelah rata, baru dinyalakan api
- Masak sehingga ianya pekat dan kelihatan keluar gelembung gelembung. Bolehlah tutup api dan tuang ke dalam loyang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.