Sambal Ikan Gonjeng Masin perkongsian saudari Nuriani Buangini sangat istimewa. Mana tidaknya, ia adalah resipi yang dikongsi dari ibunya. Sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan, ternyata sambal ini sangat sedap dan membuka selera. Bahannya hanya tiga. Pasti sangat mantap ni! Jom cuba. Anda pasti berselera.
RESIPI SAMBAL IKAN GONJENG MASIN SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Ikan gonjeng masin / ikan masin bulu ayam – beli online disini Cili padi secukupnya – jumlahnya ikut kepedasan masing-masing Gula secukupnya – beli online disini Sedikit Ajinomoto – jika suka. Empunya resipi tidak letak
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak dan goreng ikan gonjeng masin terlebih dahulu. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk ikan gonjeng masin bersama cili dan gula. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing. Pastikan seimbang rasa pedas, manis dan masin.
3. Bila sudah cukup rasanya, masukkan ke dalam mangkuk dan Sambal Ikan Gonjeng Masin sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
INFO: Ikan Gonjeng Masin adalah nama panggilan dikalangan orang Sarawak. Di Semenanjung, ikan masin jenis ini dikenali dengan nama Ikan Masin Bulu Ayam.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Kelapaatau juga dikenali dengan nama Sambal Nasi Impit @ Sambal Nyor Nasi Kapit memang sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Kelantan. Sesuai dengan Namanya sebagai Sambal Nasi Impit, ia biasanya dimakan bersama nasi impit dan juga Nasi Dagang. Lemak-lemak masin dan sedikit manis, emmang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suhada Azid ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan selayang@kembong
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk
Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis. 2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.
3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.
4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.
6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.
11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.
Asam pedas kena pekat kuahnya barulah ngam! Kalau kuahnya cair, selalunya dinamakan asam rebus.
Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Hajar Jaafar memberikan tip supaya kuah asam pedas lebih pekat dan sedap.
Menurut Hajar, “Bagi mendapatkan kuah asam pedas jadi pekat, caranya adalah begini. Selepas masukkan air asam jawa, biar kuah asam pedas mendidih dalam tempoh agak lama. Didihkan sehingga warna kuah menjadi merah pekat dan berkilat.”
Jom kita lihat resipi asam pedas ikan kembung resipi ori Melaka yang turut Hajar kongsikan di laman facebooknya.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 senduk cili kering kisar
2 sudu asam jawa + air semangkuk
5 biji bendi
1 batang terung (dipotong)
2 biji tomato (belah 4)
3 ekor ikan kembung
CARA MEMBUAT
1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
3. Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) tadi.
4. Masukkan cili kering kisar. Tumis semuanya sampai pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
6. Masukkan bendi, terung dan tomato.
7. Masukkan ikan dan perasakan dengan secukup garam dan biar mendidih sekali lagi.
8. Keluarkan semula rempah supaya kuah tak pahit/payau. Siap untuk dimakan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!