Sambal Ikan Gonjeng Masin perkongsian saudari Nuriani Buang ini sangat istimewa. Mana tidaknya, ia adalah resipi yang dikongsi dari ibunya. Sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan, ternyata sambal ini sangat sedap dan membuka selera. Bahannya hanya tiga. Pasti sangat mantap ni! Jom cuba. Anda pasti berselera.
RESIPI SAMBAL IKAN GONJENG MASIN SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Ikan gonjeng masin / ikan masin bulu ayam – beli online disini
Cili padi secukupnya – jumlahnya ikut kepedasan masing-masing
Gula secukupnya – beli online disini
Sedikit Ajinomoto – jika suka. Empunya resipi tidak letak
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng ikan gonjeng masin terlebih dahulu. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk ikan gonjeng masin bersama cili dan gula. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing. Pastikan seimbang rasa pedas, manis dan masin.
3. Bila sudah cukup rasanya, masukkan ke dalam mangkuk dan Sambal Ikan Gonjeng Masin sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
INFO: Ikan Gonjeng Masin adalah nama panggilan dikalangan orang Sarawak. Di Semenanjung, ikan masin jenis ini dikenali dengan nama Ikan Masin Bulu Ayam.
Kredit resipi & foto: Nuriani Buang
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI