Mak-Mak Sibuk Ini 3 Menu Seafood 15 Minit Siap, Wajib Cuba & Sah Sedap !

Share

Hari ni anda sibuk tapi nak  juga sediakan makan tengahari untuk keluarga, jangan bimbang RASA kongsikan  tiga  menu ringkas  yang boleh anda cuba. Ia cuma ambil masa lebih 15 minit  masak namun hasilnya memang sedap menyelerakan.  Anda wajib cuba ni…

 KUPANG MENTEGA BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kupang
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 2 sudu  makan mentega
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Sedikit garam, gula dan lada sulah

 CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
  2. Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
  3. Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
  4. Angkat dan hidangkan.

 LALA TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lala | bersih dan tos
  • 2 batang serai | kisar kasar
  • 3 tangkai cili merah | kisar kasar
  • 3 tangkai cili padi | kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | kisar kasar
  • 1 biji bawang besar | kisar kasar
  • 3 tangkai daun ketumbar | kisar kasar
  • 1 biji tomato | cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
  3. Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
  5. Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.

 

UDANG MENTEGA LEMON & MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL | bersih dan tos
  • 3 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 2.5cm halia-hiris halus
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 1 tangkai cili merah | buang biji dan cincang
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar madu
  • ½ cawan susu segar
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
  2. Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
  3. Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
  4. Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
  5. Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
  7. Akhir sekali masukkan udang.
  8. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin