Kuih Peneram memang antara resipi kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai. Ada yang suka makan garing-garing, ada yang suka makan Kuih Peneram yang lembut. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni, saudari Nor Hayani Ismail ada kongsikan resipi dari ibu mertuanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah dan air hingga larut. Tapis dan biarkan suam.
2. Bila air gula suam, gaulkan dengan tepung beras. Adun sebati.
3. Biar adunan selama beberapa jam supaya tepung kembang.
4. Gaul lagi adunan dan jika adunan keras, tambah air sehingga menjadi lembut .
5. Leperkan adunan dan terap menggunakan acuan. Boleh juga bentuk menggunakan tangan.
6. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng adunan Kuih Peneram tadi.
7. Angkat, toskan minyak dan boleh dinikmati.
PESAN IBU MERTUA: Jika sekali buat dan tak menjadi, usah kecewa. Cuba lagi 2-3 kali. Insyaallah hasilnya akan lebih baik.
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Qasidah ini boleh dikata kuih legend dan muncul ketika bulan puasa. Jika ke pasar Ramadan di Utara, rata-rata orang menjualnya kerana rasanya yang lemak manis. Sangat mudah menyediakannya. Min kongsi resipi membuatnya dari Puan Rohana.
Bahan²nya
11/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jgung dn kstad(dua²yerr)
1 cwn santan
1 cwn gula
4 cwn air
5@6 ulas
bwang merah (goreng sndiri taw bru sdp)
Secubit garam
Cara² memasak:
1.Satukn smua bhn tepung,santan,air,garam…kacaukn sehingga xberketul(bilh jgk blenkn)
2.Boleh lah msukkn dlm periuk@kuali..masakkn di atas api yg sederhana jgn tealu kuat..
3.Msakkn dlm 15min masukkn sedikit minyak lebihan bwang goreng td…kcaau lg sehingga btoii msak dn nmpk sedikit berkilat..akhir skali kacau sehingga meletop² bru btoi² msak..tutupkn api n cpt² msukkn ke dlm loyang spaya permukaan licin n xbrketoi²..
4.Biarkn sedikit sejuk bru lah taburkn bwang goreng td..tunggu betoii sejuk bru potongkn..
Sekarang ni musim durian, sana sini orang menjualnya. Percubaan pertama Seri Muka Durian. Adunan ini elok utk loyang 9 atau 10inci. Loyang kita kecil tu bahagi dua dengan tupperware.
Lapisan pulut
2 cawan pulut rendam sejam,tos
2 cawan santan
garam
2 sudu besar minyak masak
*campur semua bahan kacau rata,kukus dalam loyang 25min.
*dah kukus,padatkan tekan-tekan.
Lapisan durian
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula
garam
1 biji telur
pewarna kuning
Cara membuat:
1.Kisar semua, masak atas api sampai naik wap sahaja kacau sentiasa pakai whisk. (masak kejap aje)
2.Tuang atas pulut tadi,kukus 25 min.
3. Siap untuk dihidang.
Kredit : Dayana Yana
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira