Makan

Mak Mertua Kongsi Resipi Mee Goreng Basah Paling Sedap, Ikut Tip Ni Pasti Jadi

Share

Mee Goreng Basah antara menu biasa yang mudah didapati sama ada beli di kedai atau masak sendiri. Tapi nak tahu tak tip untuk masak Mee Goreng supaya hasilnya lebih sedap dari biasa? Kena cuba tip perkongsian saudari Suhasnida Ismail ini. Malah beliau juga berkongsi resipi Mee Goreng Basah yang dipelajari dari ibu mertuanya tapi diolah mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di dapur. Jom cuba!


TIP NAK MEE GORENG SEDAP:

1. Guna sos yang mencukupi & jangan kedekut bahan.
2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang akan rasa lebih sedap.


3. Bawang putih kena banyak, cukup sekadar tumbuk kasar.
4. Bila masak mee goreng, masukkan sedikit cuka makan. Ia akan membangkitkan lagi rasa keenakan mi.

Dah dapat tip kan? Jom cuba resipi yang ibu mertua Puan Suhasnida ni kongsi.

RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 peket mee kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 sudu makan cili kering kisar beli online disini
Lauk pilihan: Ayam cincang, udang, daging, telur
Sawi
Tomato
BAHAN SOS & PERASA:
5 sudu makan sos cili beli online disini
1 sudu makan sos tomatobeli online disini
2 sudu makan sos tiram beli online disini
1 sudu makan kicap manis beli online disini
2 sudu makan kicap pekat beli online disini

1 sudu makan sos ikan beli online disini
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
½ sudu teh ajinomoto jika suka
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.
2. Kemudian masukkan bawang holland dan cili kering kisar. Tumis hingga garing.
3. Seterusnya masukkan lauk pilihan. Tumis lagi hingga masak. Jika letak udang, jangan masukkan lagi. Letak kemudian sebab udang cepat masak.
4. Kemudian letak sedikit air dan semua sos. Kacau sebati.
5. Jika ada, boleh masukkan udang.
6. Pecahkan telur dan masukkan mee kuning. Gaul sebati.
7. Akhir sekali masukkan sayur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur