
Beli ikan rebus di kedai tidak sama dengan yang dibuat. Ikan rebus style Kelantan mesti direbus dengan asam keping dan garam yang banyak supaya cukup rasa masam dan masinnya. Ikan direbus dengan air agak-agak tenggelam ikan sehingga air hampir kering supaya tiada rasa hanyir.
Ikan ini sesuai diguna sebagai lauk nasi berlauk atau sebagai lauk goreng dimakan dengan pulut kelapa parut. Kalau direbus dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak, lagi lah sedap.
RESIPI IKAN REBUS

BAHAN-BAHAN:
- Ikan selayang
- Asam keping
- Garam kasar
- Sedikit gula kabung
- Air
CARA MEMASAK:
- Masukkan asam keping, garam kasar dan sedikit gula kabung
- Air paras tenggelamkan ikan, rebuskan. Jangan kacau ikan itu.
- Bila air sudah menggelegak, tutup api. Tak perlu rebus terlalu lama. Hanya panaskan/perangatkan sahaja.
- Tidak perlu masuk dalam peti ais. Cumat perangatkan sahaja hari-hari.
- Jika air dalam periuk dah kering, tambah sikit air dan panaskan.
- Nak makan hanya goreng sahaja.
Kongsi resipi: Eyta Umairah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Baked Carbonara Cheese Meatball Yang Sedap & Menyelerakan. Patutlah ‘Share’ Lebih 100K!

Kalau suka masakan yang berkeju dan berlemak, boleh cuba masak baked carbonara cheese meatball ini. Dengan bebola daging yang enak dan lembut, memang tak puas makan sepinggan. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Farhana Azwa Nadzri yang mendapat lebih 100K shares. Mudah dan gerenti jadi.
BAKED CARBONARA CHEESE MEATBALL

BAHAN-BAHAN:
- Bebola daging atau ayam
- Secawan susu segar – beli online DISINI
- Keju cheddar
- Sos carbonara cendawan
- Lada hitam – beli online DISINI
- Brokoli
- Bawang putih – beli online DISINI
- Bawang merah – beli online DISINI
- 1 tin cendawan butang – beli online DISINI
- 1/2 kiub pati ayam – beli online DISINI

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan bebola daging atau ayam, cendawan butang dan brokoli. Goreng sehingga bebola daging atau ayam garing.
3. Masukkan semua bahan di dalam loyang.
4. Untuk sos pula, masukkan sos carbonara, susu segar, kiub pati ayam dan lada hitam. Kemudian, masak hingga mendidih.

5. Tuangkan sos di atas bebola daging atau ayam.

6. Susun keju dan bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 170°c.

7. Siap!

Kredit resipi & foto: Puan Farhana Azwa Nadzri
Anda mencari MICROWAVE pada harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya
Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Cara Mudah Buat Mi Tanpa Mesin

Biasanya kalau nak buat mi, kedailah tempat kita mendapatkan mi tersebut. Jika ada kerajinan boleh saja buat mi sendiri secara manual dan ikut selera kita. Cuma selepas doh dipotong, taburkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat bila tercampur. Boleh cuba buat ikut resipi berikut.
BAHAN-BAHAN
- 250gm tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
- 1 biji telur ayam
- 50ml air (tapi boleh lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat diuli dengan baik)
- Secubit garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
CARA-CARA
- Gaul kesemua bahan-bahan
- Uli adunan sampai menjadi doh dan tidak melekat di tangan
- Potong doh menjadi empat atau lima bahagian
- Canai satu-satu sampai nipis mengikut ketebalan yang diingini.
- Potong doh menggunakan pisau.
- Masak air dan pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mi ke dalam air .
- Rebus dalam jangkamasa seminit atau dua minit. Jangan rebus terlalu lama. Nanti mi akan jadi lembik.
- Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk. Supaya memberhentikan proses mi dari terlebih masak.
Kredit: Fahrini MarsyaLey
Ingin membeli kuali non stick, lihat DI SINI
Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade. Mudah, Sedap & Lebih Jimat.
Sharifah Shahirah & Sakinah Kongsi Resipi Warisan Keluarga Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Ep1

Kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan amat dinanti dan bermula esok, umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Bila datangnya waktu ini, pelbagai nostalgia Ramadan akan diimbau. Ada suka, ada yang kurang gembira. Bermacam-macam kisahnya.
Hari ini dalam episod pertama Rasa Nostalgia Ramadan musim terbaru menyajikan aksi pasangan selebriti adik beradik yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di Malaysia iaitu Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.

Ditayangkan di Astro Prima sebentar tadi, mereka berdua telah berkongsi resipi sahur istimewa keluarga iaitu Daging Masak Kicap. Bukan sekadar hidangan biasa, resipi yang dikongsi ini adalah warisan keluarga yang diturunkan oleh arwah nenek.

Menurut Sharifah Shahirah, resipi nenek beliau ini sedikit berlainan dari resipi yang lain. Biasanya, Daging Masak Kicap tidak menggunakan cuka tetapi resipi keluarga beliau ni ada penambahan cuka dalam masakan. Wow…Resipi orang-orang lama ni pasti sangat sedap. Bukan itu sahaja, mereka juga berkongsi resipi Agar-Agar Kastard Koko yang sangat mudah untuk dicuba.
Lihatlah aksi mereka menyediakan juadah untuk bersahur. Lucu dan ada sahaja aksi sakat menyakat. Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian untuk sahur nanti.



1. DAGING MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:
- 300-400gm daging batang pinang (tiada lemak)
- 3-4 ulas bawang putih – hiris
- 2-3 biji bawang merah – tumbuk
- 2 biji bawang besar holland
- 2 inci halia – hiris
- 1-2 biji cili besar merah dan hijau
- 1-2 biji tomato – belah 4
- 1-2 sudu makan cuka
- Sedikit air asam jawa
- Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya.
2. Masukkan hirisan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dihiris.
4. Tambahkan kicap. Teruskan mengacau daging hingga keluar airnya.
5. Seterusnya masukkan cuka, kacau seketika.
6. Masukkan juga air asam jawa dengan secukup rasa. Teruskan memasak hingga air daging kering.
7. Tambahkan sedikit air panas jika perlu.
8. Akhir sekali, masukkan hirisan tomato, bawang holland dan cili.
10. Gaul sebati hingga semua bahan sekata dan sempurna.
11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
2. AGAR-AGAR CUSTARD KOKO

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket agar-agar
- 1 tin susu cair
- 1-2 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3-4 sudu makan gula – lebihkan jika suka manis
- 1-2 sudu makan tepung kastard
- 1 biji telur
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air dan agar-agar ke dalam kuali. Panaskan hingga agar-agar larut.
2. Bila gula sudah larut sepenuhnya, masukkan gula. Jumlahnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing.
3. Dalam bekas berlainan, pukul telur hingga sebati kemudian satukan bersama susu cair dan esen vanilla. Kacau hingga sekata.
4. Tuang campuran telur dan susu ke dalam periuk berisi campuran agar-agar tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan tepung kastard. Kacau hingga tepung sebati dan tidak berketul.
6. Bila adunan mula mendidih. Padamkan api dan tapis 1/2 adunan ke dalam bekas.
7. Baki 1/2 adunan lagi dicampur dengan serbuk koko. Sebatikan dan pastikan tidak berketul. Tapis jika perlu.
8. Ambil loyang bersesuaian dan sendukkan adunan puding secara berselang-seli mengikut kreativiti masing-masing.
9. Bekukan puding dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Buat Tugas Memasak Menjadi Lebih Mudah Dan Cepat
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) memudahkan kita membuat pilihan mengikut menu dan resipi yang ingin disediakan apa lagi dalam bulan Ramadan ini.

Esok dah mula puasa, memasak untuk sahur memang perlu laju, dan masa yang terhad, kita perlu untuk memasak air jika mahu menyediakan minuman panas untuk bersahur. Memang jimat masa betul. Kalau nak buat air sirap atau air berperisa yang dingin waktu berbuka nanti tinggal tekan sahaja pilihan air sejuk. Mudah sangat. Kalau tak mahu air panas atau sejuk kerana tidak sesuai dengan selera kita, pilihan air segar mengikut suhu bilik boleh terus masukkan dalam gelas. Air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Sensor yang terletak di belakang saluran keluar air mengesan ukuran cawan atau botol pengguna dan menggerakkan paip ke atas dan ke bawah untuk menyesuaikan ketinggian secara automatik untuk tuangan tanpa percikan yang sempurna setiap masa. Mudah kan?
Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

