Makan

Mak Mertua Sampai Puji, Resipi Kek Span Gula Hangus Ni Memang Legend

Share

Sedapnya Kek Span Gula Hangus ni. Kek yang lembut, lemak manis dan digemari ramai. Elok berlubang resipi kek ini. Bagi yang menggemari kek legend ini, memang kena cuba resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa. Pasti puas hati dengan rasanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa tau. Kalau nak buat niaga pun boleh. Pasti laris.

RESIPI KEK SPAN GULA HANGUS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula kastor beli online disini
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega /marjerin beli online disini
3 biji telur A@B
1/2 cawan susu pekat manis beli online disini
1 sudu teh esen vanilla beli online disini
1 cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung) beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak gula sehingga cair dan keperangan. Masukkan air panas. Cairkan.
2. Kemudian masukkan mentega atau marjerin. Sejukkan dan ketepikan.
3. Dalam bekas yang berlainan, satukan telur, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Kemudian baru masukkan air gula hangus tadi. Kacau sebati.
5. Perap adunan selama 1 jam atau lebih.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan marjerin dan bakar pada suhu 160C selama 40-50minit atau sehingga kek masak.
7. Kek Span Gula Hangus sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN