
Selain lauk pauk, sambal menjadi pelengkap yang sempurna untuk hidangan. Tak kira apa jua sambal, semuanya enak dan memang tak cukup sepinggan makan nanti. Boleh juga buat sambal mangga ikan ni. Gabungan ikan dengan rasa masin, manis dan masam buah mangga menjadi penyedap sambal ini.
Sambal mangga ikan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selayang / kembung
Lada kampung ( pedas ikut cita rasa masing-masing )
1 biji mangga muda yang masam
Garam dan gula secukup rasa

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef
Cara membuat:
1. Mangga muda dibuang kulit dan dicincang halus.
2. Ikan dibakar / rebus dengan garam sikit dan ambil isinya.
3. Tumbuk lada beserta dengan garam sehingga hancur. Kalau suka letak gula sikit.
4. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
5. Akhir sekali masukkan mangga. Tumbuk sikit untuk bagi rasa masam tu keluar. Kemudian gaul sebati, sesuaikan rasa dan siap untuk dihidang.
Kredit : Zqyah Saney
Guna 3 Bahan. Wanita Ini Kongsi Resipi Garlic Chilli Oil Yang Pernah Dibuat Jualan
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat
Tips Tak Perlu Masak Banyak Lauk, Boleh Guna Resipi Sambal Padang Ini
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Masak Bubur Lambuk Paling Mudah, Guna Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s Je.

Bubur Lambuk cukup sinonim dengan bulan Ramadan. Ia adalah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi pilihan ramai bila tibanya waktu berbuka. Hidangan ini juga menjadi simbol penyatuan masyarakat dimana ia biasanya dimasak di dalam kuantiti yang banyak secara bergotong-royong dan diagihkan kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang dan peringkat usia.
Terasa nak masak Bubur Lambuk yang enak untuk keluarga? Resipi Bubur Lambuk Campbell’s ni antara yang terbaik. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas dan cara memasak pun paling mudah. Tak perlu tambahan santan hanya guna Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s je. Rasa sedap pun tetap sama. Jom cuba resipi dibawah ni!
RESIPI BUBUR LAMBUK CAMPBELL’S

Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 45 minit
Hidangan: 5 orang
BAHAN A (TUMISAN):
- 4-5 sudu besar minyak sayuran
- ½ batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 biji bawang besar (bombay) – dicincang
- 4 ulas bawang putih – dicincang halus
- 2 inci halia – dicincang halus
- 1 helai daun pandan – potong 1 inci
- 2 batang serai – diketuk
BAHAN B:
- 1tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s
- 2 liter air
- 1/2 cawan beras – cuci dan tos
- 100gm daging kisar
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
BAHAN C (SAMPINGAN):
- Lobak masin cincang
- Bawang goreng
- Daun bawang
- Daun sup
CARA MEMASAK:
- Sediakan periuk saiz melebihi 5 liter.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bau harum. Kemudian tuangkan air dan masukkan beras.
- Masak sehingga beras kembang menjadi nasi. Setelah beras kembang dan menjadi nasi, pastikan nasi sentiasa dikacau (tip: proses ini bukan sahaja mengelakkan nasi didasar periuk menjadi hangus tetapi ia juga mempercepatkan proses menghancurkan nasi menjadi bubur).
- Seterusnya setelah nasi menjadi hancur hampir sepenuhnya, masukkan 1 tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s dan kacau sehingga bubur hampir pekat.
- Perasakan bubur dengan garam dan lada sulah.
- Hidangkan bubur didalam mangkuk bersama bahan hidangan sampingan.
JOM DAPATKAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA!
Nak rasa macam mana sedap bubur lambuk dimasak dengan Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s ni? Ha…Datanglah beramai-ramai ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega yang bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada 25 Mei 2019 nanti.
Acara yang dijalankan secara bergotong royong ini bakal melibatkan barisan chef, selebriti terkenal, Hero Remaja, Dewi Remaja, organisasi kerajaan, NGO, organisasi swasta, para pelajar IPTA & IPTS, kariah masjid dan juga anggota-anggota badan beruniform.
Sebanyak 5,000 bungkus Bubur Lambuk akan diedarkan kepada orang ramai bermula jam 5.00 petang. Jadi jom bawa keluarga ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega dan nikmati keenakan berbuka puasa beramai-ramai bersama Bubur Lambuk.

Kambing Paratal Bersantan, Gabungan Rasa Padu, Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta!

Orang kita bila bab makan kambing, memang nombor satu. Resipi yang dikongsikan ini, memang akan kena dengan tekak orang Melayu kita.
Resipi kambing paratal olahan bersantan yang dikongsikan Ben Safwan ini, menggunakan kerisik, daun pandan, santan segar dan kentang.
Jika diikutkan resipi asal tidak menggunakan santan, tapi rupanya lagi sedap bila masukkan santan.
Buat makan dengan roti canai, nasi putih, nasi minyak, roti biasa. Aduhai memang best. Api kena kecil supaya tak hangus rempah yang buatkan gulai rasa pahit.
KAMBING PARATAL OLAHAN BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
3 kg kambing termasuk berat tulang
4-5 biji bawang merah besar bola pingpong * – beli online di sini
2×1 cm halia * – beli online di sini
4 ulas bawang putih saiz sederhana* – beli online di sini
6-7 akar ketumbar *
3 biji tomato saiz besar *
3 senduk minyak – beli online di sini
BAHAN TUMIS:
1 batang kayu manis – beli online di sini
3 biji buah pelaga – beli online di sini
2 cengkih –beli online di sini
1 bunga lawang
8-10 helai daun kari

BAHAN LAIN:
10 sudu makan rempah kari daging – beli online di sini
5 sudu makan serbuk cili Babas
3 sudu makan serbuk ketumbar
2 biji cili besar – beli online di sini
3-4 biji kentang | dipotong empat – beli online di sini
½ keping gula melaka kepingan besar
3 sudu makan sos tomato – beli online di sini
2 sudu makan sos tiram – beli online di sini
1 sudu makan kicap pekat
500gram santan pekat
1 sudu teh garam sedikit membukit
½ sudu teh gula
1 sudu teh serbuk cukup rasa
CARA MASAK:
1. Kisar bahan kecuali daging kambing dengan air minika atau minyak ya. Kambing 3kg masuk dalam pressure cooker 35 minit dahulu.
2. Panaskan 3 senduk minyak dalam periuk. Kalau lebih, tak apa di akhir proses boleh keluarkan.

3. Tumis kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang bersama daun kari.
4. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak, masukkan 10 sudu makan rempah kari daging sukatan biasa tak perlu membukit sangat, 5 sudu makan serbuk cili Babas, 3 sudu makan serbuk ketumbar.

5. Tunggu pecah minyak berulang kali dengan api kecil baru masukkan 2 biji cili besar, 3-4 biji kentang, ½ keping gula melaka, 3 sudu makan sos tomato, 2 sudu makan sos tiram,1 sudu makan kicap pekat.

6. Masukkan kambing dan masukkan 500gram santan pekat. Perasakan dulu dengan 1 sudu teh garam sedikit membukit,1/2 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk cukup rasa.
7. Masak dengan api kecil hingga mulai kering. Dalam 30-45 minit. Sesuaikan rasa untuk peringkat terakhir dan boleh tabur daun ketumbar.

Kredit resipi: Ben Safwan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
13 Resipi Best Sempena Cuti Sekolah, Sesuai Buat Untuk Anak-Anak.

Kanak-kanak biasanya lebih gemar hidangan yang ringkas. Jika nasi dan lauk pauk, ada kalanya mereka susah untuk makan. Tapi tak mengapa, resipi-resipi di bawah ini anda boleh cuba dan pastinya boleh memikat selera si comel. Selamat mencuba!
1. PUFF BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
- Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
- Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
- Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
- Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
- Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
- Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
- Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
2. PIZA ROTI

BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti sandwic | dipotong segi tiga
- 50gm pepperoni ayam
- 50gm lada benggala merah | dihiris
- 5 sudu makan pes tomato | digaul bersama sedikit herba oregano dan basil
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- Sedikit hirisan bawang besar
- 1/2 biji tomato | dihiris nipis
- 50gm keju mozzarella
- Sedikit keju cheddar
- Salad rocket | hiasan
CARA MEMASAK:
- Sapu pes tomato roti dipermukaan roti dan susun pepperoni, hirisan bawang, lada benggala, cendawan butang dan tomato dengan secukupnya.
- Taburkan keju mozarella dan keju parmesan dengan secukupnya.
- Bakar selama lebih kurang 10 minit sehingga keju cair.
- Hiaskan dengan salad rocket.
3. ROTI TELUR BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 4 keping roti sandwic
- 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
- 4 keping salami ayam | dipotong kiub
- 4 biji telur
- Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gelek roti sehingga nipis dan isikan ke dalam acukan loyang mufin.
- Masukkan bawang cincang, salami ayam dan sedikit serbuk lada hitam.
- Kemudian pecahkan telur ke dalam roti dan bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
- Angkat dan nikmati segera.
4. POPIA INTI DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
5. SANDWICH AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
6. ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK

BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
- Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
- Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
7. POTATO & LEEK CASSEROLE

BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 60gm whipping cream
- 30gm krim masam
- 50gm bawang holland |dihiris
- 40gm leek | dihiris
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
- Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
- Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
8. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE

BAHAN-BAHAN:
- 150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
- 300gm daging cincang
- 1 cawan serbuk roti
- 1 pokok daun bawang | cincang halus
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
- 150gm krim keju
- 100 susu segar
- 1 keping keju cheddar
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
- Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
- Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
- Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
- Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
- Enak dihidangkan panas-panas.
9. POTATO DUMPLINGS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam | potong dadu kecil
- 1 biji bawang merah | cincang halus
- 1 1/2 cawan kentang lecek
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 200gm tepung gandum
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
- Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
- Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
- Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
- sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
- Angkat, tos dan hidangkan.
10. TAGLIATELLE CARBONARA BERKARI

BAHAN-BAHAN:
- 250gm pasta tagliatelle | direbus hingga lembut
- 1 ulas bawang merah | hiris halus
- 1 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu kecil rempah kari daging
- 5 biji cendawan pilihan | dihiris
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 cawan stok ayam
- Garam secukup rasa
- 125ml krim masakan
- Sedikit lada benggalam merah/kuning/hijau | dipotong dadu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan masak garing. Tambahkan cendawan, stok ayam, lada benggala, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
- Biarkan mereneh sehingga kandungan stok ayam tinggal separuh dari kuantiti asal.
- Masukkan krim masakan. Kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
11. MUFIN BAYAM BERLEMAK

BAHAN-BAHAN:
- 25gm mentega
- 200ml susu
- 100gm bayam
- 1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 1/3 cawan keju parmesan | diparut
- 1 biji telur
- 120gm keju krim
- 8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
- Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
- Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
- Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
12. QUICHE BAYAM BERKRIM

BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 300gm tepung gandum
- 120gm shortening
- 120gm mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air sejuk (berais)
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
- 150gm bayam | bersihkan dan celur
- 1 cawan krim masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
- Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
- Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
- Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
- Angkat dan sedia dinikmati.
13. SALAD PASTA PELANGI

BAHAN A:
- 250gm pasta spiral | dimasak mengikut arahan pada paket
- 1/2 tin jagung dalam tin
- 200g dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 biji lada benggala kuning| dihiris
- 1 biji cili hijau| dihiris
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 3 helai daun salad | dihiris halus
- 1/4 cawan daun ketumbar
- 1 biji bawang merah | dihiris
BAHAN B:
- 5 biji limau nipis | diambil jus dan parutan kulit
- 1 sudu makan madu
- Garam dan lada sulah secukupnya
- 2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk kecil, campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Tuang bahan B dan gaul sekali lagi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!

