Selain lauk pauk, sambal menjadi pelengkap yang sempurna untuk hidangan. Tak kira apa jua sambal, semuanya enak dan memang tak cukup sepinggan makan nanti. Boleh juga buat sambal mangga ikan ni. Gabungan ikan dengan rasa masin, manis dan masam buah mangga menjadi penyedap sambal ini.
Sambal mangga ikan
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selayang / kembung
Lada kampung ( pedas ikut cita rasa masing-masing )
1 biji mangga muda yang masam
Garam dan gula secukup rasa
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef
Cara membuat:
1. Mangga muda dibuang kulit dan dicincang halus.
2. Ikan dibakar / rebus dengan garam sikit dan ambil isinya.
3. Tumbuk lada beserta dengan garam sehingga hancur. Kalau suka letak gula sikit.
4. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
5. Akhir sekali masukkan mangga. Tumbuk sikit untuk bagi rasa masam tu keluar. Kemudian gaul sebati, sesuaikan rasa dan siap untuk dihidang.
Kredit : Zqyah Saney