Bagi ibu-ibu yang melalui proses berpantang, pastinya akan berasa bosan makan menu ‘sihat’ setiap hari. Apa kata cuba serunding halia ini, pasti berselera!
Jika mahu lebih sedap, boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing. Halia dan bawang putih amat bagus serta membantu membuang angin dalam badan.
Bagi yang nak buat sendiri serunding halia ini, boleh cuba resipi daripada Azizah Salleh.
Selalunya kalau nak makan ikan kukus begini, kita lebih suka makan di Restoran Thai. Mengapa? Kerana kita rasa susah nak buat. Remeh dan takut tak sedap. Okay apa kata cuba ini. Resipi yang cukup mudah dan ringkas. Terasa kesegaran isi ikan jika menggunakan resipi ni.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Siakap
4cm halia muda | hiris memanjang
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 tangkai daun bawang | potong memanjang
Sedikit daun ketumbar | hiris
Beberapa biji cili padi | hiris
2 sudu makan minyak masak
BAHAN SOS:
4 sudu makan jus limau nipis
5 sudu makan stok ayam
1/4 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
2. Masukkan dalam pinggang, taburkan dengan hirisan bawang putih dan halia.
3. Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
4. Sementara itu, panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak masak.
5. Tuang minyak panas ke atas ikan kukus tadi.
6. Kemudian tutup pengukus semula.
7. Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
8. Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang, ketumbar dan cili.
Hidangan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai. Biarpun hanya hidangan ringkas, namun aroma dan rasa memang menyelerakan. Phad Kra Pao ini dihidangkan bersama nasi serta telur mata. Hidangan ini jadi tambah sedap dengan adanya daun selasih. Penggunaan bahan masakan seperti lada Thai, sos ikan dan sos soya menambahkan rasa pedas serta pekat daging digoreng.
Phad Kra Pao Daging
Bahan-bahan:
150gm daging cincang
6 tangkai lada Thai
10 hingga 20 helai daun selasih Thai
50gm bawang putih
2 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos soya
2 sudu teh gula
Sedikit serbuk perasa
1 biji telur – digoreng
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang putih dan cili api selama 20 saat sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama dua hingga tiga minit.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, soya sos, gula dan perasa. Kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun selasih Thai. Kacau rata.
5. Daging kra pao sudah boleh dihidangkan dengan telur mata goreng dan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.