Pemanis mulut seperti agar-agar dan laici kalau dimakan sejuk memang ketagih makan. Pastikan tersedia di dalam peti sejuk. Jom kita buat pusing laici untuk seisi keluarga. Ikut resipi yang dikongsi ini,satu adunan dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas. Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut cita rasa masing-masing. Kalau suka manis, boleh lebihkan gula. Ikut sukatan ni, tak manis dan tak tawar sangat.
Puding Laici Mama
Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
* campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu
Bahan B
Ads
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul
Cara membuat:
1.* didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
2.**bila bahan B sudah larut, kecil kan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.
3.Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil. Lepas tu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair. Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras.
Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais.
Kek gulung bukan hanya rasanya sedap malah cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah menjadikan bentuknya tampil menarik. Suhu amat penting bila membuat kek gulung. Jangan gulung kek semasa ia panas atau bila sudah terlalu lama dibiarkan sejuk. Kek gulung boleh tahan lama jika di freezer, 1-2 bulan tetapi jika di fridge biasa dalam semingga sahaja boleh bertahan. Jom lihat cara-cara membuatnya .
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
*Telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut
60 gm tepung gandum (1/2 cawan)
80 gm gula pasir (3/4 cawan)
*gula halus pon boleh asal bukan gula batu
p/s: Sukatan cawan sebaiknya guna cawan yang digunakan sukat untuk buat kek. Dan guna sukatan dari penimbang adalah lebih baik.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 :
Pukul telur bagi berbuih macam ni dengan whisk. Whisk tangan je dulu pon boleh.
LANGKAH 2 :
Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu buat teknik double boiler. Kacau selalu sehingga suam telur tadi. Dah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi dan masukkan gula.
LANGKAH 3 :
Setelah masukkan gula, kacau dengan whisk electric. Pukul hingga gebu.
LANGKAH 4 :
Setelah adunan menjadi gebu, berhenti memukul. Untuk memastikan adunan telah gebu atau belum, uji dengan menggunakan pencungkil gigi. Kalau lidi tegak terpacak, maknanya adunan telah kembang sepenuhnya dan boleh berhenti memutar.
LANGKAH 5 :
Masuk tepung yang dah diayak. Gaul guna spatula.
LANGKAH 6 :
Gaul sampai sebati. Nampak macam licin macam nya haaa. Omputih panggil “ribbon stage” gittchuuu.
LANGKAH 7 :
Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama selama 10 minit sebelum dimasukkan kek. Letak loyang di rak tengah, menggunakan api atas bawah.
Dah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap seperti dalam gambar. Tujuan dia bagi kek tak kering. Tunggu hingga kek betul-betul sejuk.
LANGKAH 8 :
Untuk filling, terpulang mengikut citarasa. Boleh letak jem, nutella atau buttercream. Resipi ini menggunakan fresh cream Vivo. Caranya ialah putaer fresh cream hingga gebu. Setelah kek sejuk, bolehlah disapu.
LANGKAH 9 :
Sapu fresh cream hingga rata dan tidak terlalu tebal. Kerana jika terlalu tebal, kek susah untuk digulung. Tabur chocolate rice jika suka.
LANGKAH 10 :
Gulung dengan berhati-hati dan tidak tergopoh gapah. Balut kek dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong. InsyaAllah jadi comey macam ni. Tak merekah. Tak pecah.
Bagi penggemar manisan, Puding Gula Hangus atau Puding Karamel perkongsian resipi oleh saudari Khairun Nisa ini merupakan salah satu resipi yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ringkas dan senang sahaja cara penyediaannya. Boleh cuba bila-bila masa yang anda inginkan.