Buat orang Pantai Timur, menu pulut bersama kelapa parut yang digaul dan ikan masin atau ikan rebus goreng, memang menjadi kegemaran.
Memang tak pandang kiri kanan dah kalau jumpa menu sarapan macam ni. Ringkas tapi menyelerakan.
Resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, senang saja untuk disediakan. Boleh makan bersama keluarga.
PULUT GAUL NYOR@ PULUT KEPAL
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut susu – beli online di sini 2-3 helai daun pandan Air kelapa secukupnya
Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK PULUT:
Ads
1. Bersihkan beras pulut dan toskan. Kemudian, masak dalam periuk guna dapur gas. 2. Campur air kelapa sikit. Air lebih sikit pada paras beras pulut. Letak daun pandan 2 ke 3 helai.
3. Bila nampak air kering, perlahankan api. Bila tengok keraknya dah ada, tutup api. 4. Bila pulut sejuk, bolehlah dikepal-kepal ikut saiz yang disukai. Lepas tu boleh salut dengan kelapa.
BAHAN KELAPA PARUT:
½ biji kelapa parut (ambil bahagian putih saja) Gula & garam
CARA SEDIAKAN KELAPA PARUT:
1. Campurkan kelapa parut dengan gula dan garam, bagi ada rasa manis-manis sikit oklah tu.
2. Kukus dalam 15 minit, tujuannya bagi kelapa kita tahan lama dan lambat basi. 3. Untuk lauknya, saya goreng ikan kukus. Garing-garing lagi sedap dan juga dengan ikan kering yang digoreng garing.
*bolehlah goreng 2 sudu besar beras pulut sampai garing dan ditaburkan di atas pulut ketika makan. Tujuannya supaya pulut kita ada bau wangi dan ada rangup-rangup bila digigit.
Jom masak Paprik Udang Kuah Banjir hari ni. Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
Dulu-dulu, kuih tradisi Melayu memang tak lari dari menggunakan bahan utama seperti tepung beras, tepung pulut, santan, kelapa dan gula. Gabungan bahan-bahan ini memang serasi memenuhi kehendak selera. Bagi anda yang teringatkan air tangan mak-mak di kampung yang tak dapat pulang berpuasa dengan mereka, bolehlah cuba resipi Kuih Koci Pulut hitam, sekurang-kurangnya lepaslah rindukan air tangan mak.
KUIH KOCI PULUT HITAM BAHAN-BAHAN: 2 cawab tepung pulut 2 sudu makan beras pulut hitam | kisar halus Secubit garam 1 cawan air
BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa parut | putih sahaja 1 keping gula melaka 3/4 cawan gula pasir 1 sudu makan tepung gandum 1 helai daun pandan | carik dan simpul Secubit garam BAHAN KUAH SANTAN: 2 sudu makan tepung beras 2 sudu cawan santan pekat Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
Tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam dicampur. Gaul rata.
Tuangakan air sedikit demi sedikit dalam adunan sambil adun hingga mendapat adunan tidak terlalu keras atau lembik (macam buat doh buah melaka) dan tidak melekat di tangan.
Bulat-bulatkan seperti saiz buat buah melaka. Tutup dengan kain atau tisu dapur dan ketepikan. Sementara menunggu menyiapkan inti kelapa.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dalam kuali.
Tambahkan sedikit air, renehkan atas api perlahan. Kacau hingga gula hancur dan tambahkan secubit garam.
Tapis air gula tersebut, kemudian masukkan semua dalam kuali dan masukkan kelapa parut, kacau rata, bila agak kering masukkan bancuhan tepung gandum.
Gaul rata dan tutup api.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan inti dan ketepikan.
Untuk menyediakan, kuah santan, campurkan tepung beras dengan santan pekat dan garam, kacau rata.
Masak adaunan ini atas api kecil hingga pekat, Tutup api.
Untuk membungkus, ambil doh tepung pulut yang telah dibuatkan tadi, kemudian leperkan di atas tangan dan masukkan inti kelapa, bulatkan semula doh, lakukan hingga habis.
Sementara memasukkan inti, masak air dalam periuk.
Apabila air mendidih, masukan doh-doh berisi inti dalam air rebusan. Setelah timbul angkat dan masukkan dalam kuah santan pekat tadi.
Menggunakan sudu ambil doh koci sekali dengan kuahnya santan dan letakkan atas daun pisang yang telah dilayurkan dan disapu minyak. Bungkus macam bungkus nasi lemak.
Kemudian susun dalam pengukur dan kukus lebih kurang 7-8 minit bagi aroma daun pisang dan kuih betul-betul masak.
Teringin nak makan masakan sendiri tetapi selalu terbantut oleh kekangan masa dan tercari-cari resipi menyebabkanbertangguh untukmemasak. Jangan cari alasan lagi, jom cuba resipi mudah saji ni. Pilihan bujang berkerjaya yang boleh disediakan ketika balik kerja atau pun hujung minggu.. Mudah jer!
SPAGETI BUJANG LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti |rebus dan tos
150ml susu penuh krim
50gm mentega
6 ekor udangsaiz XL
50gm cendawan butang dalam tin | hiris
50gm brokoli |dadu kecil
1/2 biji bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
4. Kemudian masukkan pula brokoli.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.