Dapatkan Muzy Stainless Steel Drill-Free Rack dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis dan cili kering sampai garing.
2. Bila dah garing yang tumis tadi. Masukkan bahan kisar macam dalam gambar ya.
3. Bila dah masak bahan kisar tu sampai terbit minyak, masukkan pes kari kari tadi. Nanti pinggan tu kan ada saki baki pes kari kari tu kan, letak sikit air goyang-goyang dan masuk air tu dalam periuk ya. Waktu ni guna api perlahan. Kita tidak mahu rempah hangit nanti tak sedap.
4. Bila kari dah masak. Terbit minyak gitu, masukkan ayam dan ubi kentang. Saya guna ayam sebelah jer. 5. Nak bagi cepat masak isi ayam, tutup periuk ya. Ni teknik kawalan haba je. Kalau tak ada penutup pun tak apa.
6. Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam. Nampak dah nak kering tu, bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna ya.
7. Sempurnakan rasa dengan garam dan perasa yang anda suka. Anda suka masam, bolehlah letak asam keping atau asam jawa. Saya tak letak asam pun. 8. Anda boleh ganti asam asam tu dengan perahan lemon. 9. Kemudian, masukkan tomato. Potong dan masukkan. Kacau-kacau sekejap. Bila dah masak, boleh tutup api.
Bagi penggemar manisan, resipi Puding Laici zaman 90 an perkongsian saudari Muhammad Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Ali ini sangat perlu anda cuba. Ia adalah salah satu resipi ibunya dan popular dikalangan mak-mak zaman 90-an. Menurut beliau resipi ini sangat mudah. Hanya menggunakan satu lapisan sahaja dan dinasihatkan membuatnya dalam kuantiti yang banyak kerana sangat sedap! Pasti tak cukup kalau buat sedikit sahaja. Satu adunan ini boleh menggunakan loyang bersaiz 9 inci (empunya resipi guna loyang petak saiz 8 inci dan acuan Canele). Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT PUDING LAICI SEDAP GUNA RESIPI MAK-MAK ZAMAN 90 AN
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api perlahan.
2. Selepas itu masukkan gula. Biarkan gula larut terlebih dahulu sambil dikacau-kacau.
3. Bila sudah larut, masukkan air laici (air sahaja) dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah. Kacau sebati.
4. Sementara itu pecahkan telur. Kacau sebati dan masukkan bersama susu cair.
5. Masukkan esen vanila dan juga garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.
6. Dalam bekas berlainan, masukkan bancuhan tepung kastard yang telah diadun bersama air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dengan susu cair tadi.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan agar-agar laici tadi.
8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit menggunakan api perlahan.
9. Bila sudah mendidih, masukkan buah laici dan kacau lagi dalam 10 saat kemudian padamkan api.
10. Masukkan adunan puding ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.
11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar terlebih dahulu selama 40 minit kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk dan dinginkan selama 3 jam.
12. Bila sudah mengental sempurna, boleh dipotong dan dihidangkan.
NOTA: Agar-Agar tali sangat sesuai digunakan kerana teksturnya yang stabil dan hasilnya tidak terlalu lembik.
Labu sira manis, biasanya boleh dijumpai pada bulan puasa. Dan ini lauk popular kalau hidangan kenduri kahwin di Kelantan.
Resipi yang dikongsi Hasifah Che Mat ini, kalau sekali dah cuba, memang akan jatuh cinta berkali-kali. Memang sedap!
LABU SIRA MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji kecil labu kuning Daun pandan (untuk alas labu dalam periuk) 7-8 sudu makan gula – beli online di sini 3 ketul gula melaka – beli online di sini Secubit garam
1. Basuh dulu kulit labu, buang kotoran pada kulit baru potong baji, buang biji, basuh dan rendam dengan air kapur selama 10 minit, basuh dan toskan.
2. Susun daun pandan dalam periuk. 3. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula Melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.
1. Rendam air kapur nak bagi labu tu pejal. 2. Jangan letak air sebab nanti air labu akan turun banyak. Kalau letak air, labu akan hancur.
3. Api kena perlahan, guna kaedah ‘slow cook’. Baru cantik elok labunya. 4. Jangan biarkan kuah kering sangat. Biar sedikit pekat kuahnya. 5. Nak labu berkilat? Lagi manis lagi berkilat. Tapi kita buat manis-manis buah sudahla ye. Pun sedap. 6. Letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pencuci mulut ni. Sedap nya lahai. 7. Kulit labu tak payah buang supaya isi labu tak penyek, Kulitnya nanti lembut rangup je nanti bila dah masak. Sedap sangat.
Memang tak pernah jemu makan nasi goreng. Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE
Sedapnya makan nasi goreng..
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.