
Cuti perayaan ni mood makan semua sedap berselera. Mana yang berdiet kalau tak jaga nafsu cuti-cuti ni kelautlah jawabnya, inikan pula yang ada GOUT memang menangkap kalau tak jaga makan. Cara mudah nak rawat GOUT paling senang. Bahan yang senang dicari, mudah dibuat, rasanya pun sangat sedap. Ikut cara ini.
PETUA GOUT

Bahan:

1. 1 tin jus nenas (ikut apa2 jenama pun)
2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
3. Campurkan air nenas tin ke dalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakkan air tumpah.

4. Bacaan Bismillah 11x.
5. Selawat Nabi 11x.
6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
7. Habiskan air campuran nenas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
8. Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukkan pengurangan.
9. Tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.
Kongsi resipi: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam
https://www.facebook.com/malaysiaviralstory/videos/839585716228496/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 4 Cara Mudah Santan Tak Mudah Basi, Wajib Baca Ni !

Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi disebabkan oleh kualiti santan yang kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi, tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan cepat basi ini.
- Pilih kelapa: Pilihlah kepala yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda kekedai, minta kelapa yang masih belum dibelah dan pastikan isi kelapanya putih dan tidak berbau semasa sebelum diparut.
- Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari atau opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak.
- Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi, guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah segar, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama dan tidak cepat dibasi dan tahan lebih lama bila disimpan.
- Cara simpan santan: Sebaik anda membeli santan segar dari kedai, simpannya dalam peti sejuk dahulu sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa harai. Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang bertutup rapat. Cairkan pada suhu bilik bila sebelum menggunakannya.
Sambal Nasi Lemak Kena Masak Lama Baru Sedap. Makan Untuk Sarapan Sebelum Pergi Mengundi!

Sambal nasi lemak kena sedap baru makan berulang. Cara nak buat sambal nasi lemak pun tak boleh ambil senang, sambalnya perlu dimasak dengan sabar, tak boleh api besar besar nanti meletup-letup pecah minyak habis satu dapur. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK ENAK

BAHAN-BAHAN:
- 500 grm cili kering(yang pedas campur yang kurang pedas)
- Bawang merah 1 1/2 kg
- Bawang putih 1 labu
- Ikan bilis 200g..lagi banyak lagi sedap
- Belacan
- Gula
- Garam
- Ajinomoto (jika perlu)
- Asam keping
CARA MEMASAK:


- Potong dan buang biji cili basuh bersih pastu rebus hingga lembut. Masukkan sikit minyak masak masa rebus….kemudian blend bagi halus letak juagk minyak masak masa blend
- Bawang merah separuh di blend kasar dan sparuh lagi di potong bulat
- Bawang putih dihiris halus
- Ikan bilis di blend kasar jgk
#dah siap semua tu boleh mula menumis..smbal ni amik masa yg lama utk masak..masak dengan api yang perlahan baru sambal maask elok dan tahan lama..itupun klau tak habis - Guna minyak lebihan goreng ikan bilis untuk masak sambal..mula masukkan belacan dan hancur dalam minyak baru masuk bawang putih tumis sampai wangi
- Masukkan pula ikan bilis biar garing sikit baru masuk bawang yang diblend biar sampai bawang betul2 masak dan naik minyak
- Baru masukkan bawang yang potong dan kacau sampai bawang tu layu baru masukkan cili yg dikisar
- Perlahan api dan biar cili tu masak…bila nampak cili tu dah cantik elok masukkan garam, ajinomoto dan asam keping
- Tmbah air masak laig sampai rasa cili dah betul2 masak baru la boleh tambah gula.. gula dan garam ikut citarasa sendiri..
- Dah naik minyak cantik tu makna sambal kita dah masak. Boleh cari balik asam keping dan buang.Tak mau sambal tu rasa masam
#nak lg sedap boleh letak gula merah/ gula melaka/nisan
Nota: Masa nak makan boleh lah buangkan minyak lebihan tu ya.
Kongsi resipi: Mazira Hassan
Tip Utama Nak Dapatkan Sambal Yang Sedap:
1. Pemilihan cili kering
Rata-rata orang kita semberono je beli cili kering yang dah siap terjual di pasaraya.
Padahal, cili kering yang dijual itu ada jenis dan kualiti tersendiri. Saya dan puan suri memang peminat sambal tumis ikan bilis nasi lemak.
Cili kering yang dijual biasanya ada 2 kategori, kategori pedas dan kurang pedas. Kita sebagai pembeli boleh kenal mana satu cili kering yang pedas atau tidak.
Petua nak kenal cili keras kurang pedas, cili kering tu nampak macam berkerinting-kerinting seakan-akan kecut semacam.
Berbeza dengan cili kering pedas. Saya guna bahasa kampung dalam entri ini.
2. Air asam jawa dan belacan
Air asam jawa memang memberi kadar kesedapan juga dalam memasak sambal tumis.
Saya biasa campur air asam jawa setelah cili pecah minyak dan sudah benar-benar masak.
Boleh juga tambah sedikit belacan. Nak dibuat sambal ikan bilis kering pun boleh juga. Ikut tekak tukang masak la.
3. Masak sambal tumis mengikut aturan.
Ada sesetengah orang.
Perkara pertama yang dibuat dulu untuk memasak sambal tumis ikan bilis nasi lemak adalah masak dulu cili kering yang sudah dikisar.
Kemudian, baru dimasukkan bawang putih dan bawang merah. Pendapat saya, bawang putih dan bawang merah memainkan peranan juga.
Bagi naik bau aroma bawang. Kemudian baru masukkan cili kisar. Cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam.
Jika dah secukup rasa, masukkan bawang besar diakhir masakan.
4. Jenis dan kualiti ikan bilis.
Nak campurkan ikan bilis pun boleh juga dalam sambal tumis.
Saya biar asingkan sambal tumis dan ikan bilis. Bila di dalam pinggan, baru dikahwinkan ikan bilis bersama sambal tumis.
Jenis ikan bilis juga pun boleh menjadi satu faktor kesedapan sambal itu sendiri.
Ikan bilis mata biru memang menjadi pilihan saya jika masak sambal tumis ikan bilis nasi lemak.
Kalau memasak sendiri di rumah, boleh la gunakan ikan bilis kategori mahal sikit.
Kalau berjual beli, kena fikir juga dari segi kos untuk beli ikan bilis mata biru. hehehe.
Gas Habis Waktu Tengah Masak, Boleh Sambung Guna Kaedah Ini

Gas habis waktu tengah masak memang boleh buat kita geram. Lagi-lagi kalau lauk dah separuh siap, nak simpan balik rasa sayang, perut pun tengah lapar.
Kalau rumah jauh dari kedai atau nak tunggu gas sampai ambil masa, jangan panik. Ada trik dapur mudah yang ramai tak tahu, cuma guna tisu dan minyak masak. Kaedah ni viral di TikTok, sesuai sangat untuk kecemasan sementara tunggu gas baru.
Gas habis tengah masak , boleh sambung guna kaedah ini
1) Mula-mula sediakan tisu dan minyak masak atau minyak terpakai.
2. Tuang minyak masak dalam kuali atau atas permukaan rata tahan api seperti batu penggiling atau batu cobek.

2) Ambil beberapa helai tisu, keronyok dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak
3) Nyalakan api pada tisu
4. Letakkan stove bracket dalam kuali
5. Letakkan periuk dan teruskan memasak seperti biasa. Menurut perkongsian netizen kaedah ini bukan setakat boleh goreng telur, goreng ayam, masak sambal tumis sedikit pun boleh.
6. Untuk menggunakan api kecil tenggelamkan tisu lebih, jika mahu memadamkan api setelah selesai memasak, celupkan saja keseluruhan tisu dalam minyak


INFO:
Kalau ada minyak terpakai, lagi jimat. Asalkan minyak bersih dan tiada sisa hangit.
- Kaedah ini sesuai untuk masakan dengan kuantiti sikit atau ringkas.
Kredit tip & foto: Nada Rafika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

