Hidangan ala salad dari Thailand penuh dengan rasa menyegarkan. Masam, manis, masin dan pedas menaikkan selera makan anda. Somtam sesuai untuk yang menjaga berat badan.
SOMTAM BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar perahan air limau nipis (sebiji limau nipis)
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula somtam @ gula melaka @ gula biasa
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
Lobak merah (di potong halus memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu (jika tidak ada lesung batu pun boleh).
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
Waktu cuaca hujan ini antara menu yang popular adalah kulat sisir. Boleh digoreng, ditumis tapi jika dibuat masak lemak lebih enak. Gulai ini wajib dimasukkan ikan bilis dan akan jadi paling sedap jika dimasukkan sekali ikan masin. Nikmatnya tak terkata.
Resipi masak lemak kulat sisir dengan ikan masin
Bahan-bahan
Kulat sisir
1 biji bawang besar -ditumbuk kasar
7 tangkai cili padi -ditumbuk kasar
1 batang serai -dititik
Serbuk kunyit
1-2 asam keping
Ikan masin talang – dipotong kiub dan digoreng (ambil 6-7 ketul)
Segenggam ikan bilis -ditumbuk kasar
1 kotak santan segera
Cara memasak
1. Kulat sisir direndam setengah jam. Buang habuk-habuk kayu dan basuh hingga bersih.
2. Tumis bawang dan cili padi yang ditumbuk bersama serai hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping, kacau.
4. Kemudian masukkan kulat sisir. Tuang air hingga menutupi sedikit paras kulat sisir.
5. Masukkan ikan masin bersama ikan bilis. Gaul sebati dan masak lebih kurang 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan, masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Asyik dengan menu lauk pauk, ini RASA kongsikan dua menu sayur kampung yang dari dulu sampai sekarang diminati. Ia tidak pedas dan sesuai juga untuk anak-anak. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resipinya, sangat mudah disediakan tak sampai 20 minit ye…
KUBIS BULAT MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
350gm kubis |dihiris nipis
1 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
10gm suhun | direndam
10gm fucuk |direndam
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan air bersama santan dan panaskan menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili dan daun kunyit. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan kubis yang telah dihiris nipis. Masak sehingga lembut.
4. Akhir sekali, masukkan suhun, fucuk dan sedikit garam. Kacau sekata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
PUCUK MANIS KELEDEK MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
450gm pucuk manis
2 biji keledek |potong kiub
1 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campur air bersama santan dan panaskan di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan daun kunyit.
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan biarkan sehingga lembut.
4. Kemudian masukkan pucuk manis dan perasakan dengan garam secukupnya. Bairkan sayur masak sepenuhnya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Tak sangka sedap juga Pajeri Nanas tanpa santan ni. Rupanya masih menjadi resipi Pajeri Nanas walaupun tanpa santan, selama ni saya asyik ingat yang kalua masakan bersantan diolah menjadi makanan tanpa santan rasa menu itu akan berubah menjadi tak sedap ataupun lain. Resipi Pajeri Nanastanpa santan ini telah dikongsikan di Facebook oleh Mastura Burhanuddin. Ada tips nak bagi Pajeri Nanas ni tahan lama adalah pastikan kuahnya betul-betul pecah minyak dengan api yang perlahan. Nanas yang digunakan juga memainkan peranan penting, pilih nanas yang tidak terlalu ranum. Jom kita cuba resipi ini.
PAJERI NANAS TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN: 1. Sebiji nanas *saiz terpulang dan jangan terlalu ranum 2. Dua paket kecil rempah kari daging – BELI DI SINI 3. Bawang merah saiz sederhana *dihiris / kisar halus – BELI DI SINI 4. Dua ulas bawang putih saiz kecil *dihiris / dikisar – BELI DI SINI 5. Sepotong halia *dihiris / dikisar – BELI DI SINI 6. Setangkai daun kari – BELI DI SINI 7. Dua sudu makan Gula perang *bergantung pada selera masing-masing – BELI DI SINI 8. Garam secukupnya 9. Sepaket kerisik saiz sederhana – BELI DI SINI 10. Udang kering sesudu makan yg direndam terlebih dahulu *kuantiti banyak mana terpulang pada selera masing-masing – BELI DI SINI 11. 3 sudu besar Minyak masak – BELI DI SINI 12. Rempah empat sekawan
DapatkanCuoco Premium Stainless Steel KnifeSetdengan harga istimewa masukkan codeRASGSP5sebelum pembayaran untuk dapatkan diskaun RM 5 DISINI !!
CARA PENYEDIAAN: 1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing. 2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halia, bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan dan daun kari. 3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan api guna mode sederhana. 4. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat langkah pecah minyak sampai tiga kali. *Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali. 5. Kemudian masukkan udang kering 6. Lepastu kerisik, jangan lupa add on garam dan gula perang. Banyak mana kuantiti nak letak, terpulang pada selera masing-masing. 7. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar dia mereneh dan nanas mesra dengan rempah. 8. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh tambahkan atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing. 9. Bila semua dah ok. Boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan. Saya masak dengan api yang perlahan.
Sejam juga masa yang saya ambil, sebab nak make sure rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!