Makan Somtam Betik Sambil Layan TV Dekat Rumah Memang Puas Hati

Share

Hidangan ala salad dari Thailand penuh dengan rasa menyegarkan. Masam, manis, masin dan pedas menaikkan selera makan anda. Somtam sesuai untuk yang menjaga berat badan.

SOMTAM BETIK MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan kacang goreng
  • 3 sudu besar perahan air limau nipis (sebiji limau nipis)
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan gula somtam @ gula melaka @ gula biasa
  • betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
  • Lobak merah (di potong halus memanjang)
  • kacang panjang (di potong seinci panjang)
  • tomato ( di belah 4-6)


CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu (jika tidak ada lesung batu pun boleh).

2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.

3. Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: nor arinie

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: 

http://www.rasa.my/laksa-thai-asli-penuh-rasa-enak-masam-manis-pedas/


Published by
Zera Naim