Lebih dari dua dekad produk makanan dari Pacific West dikenali ramai di pasaran yang menghasilkan produk berkualiti dan inovatif. Produk Pacific West boleh di dapati di lebih 28 negara seluruh dunia seperti kedai runcit, kedai barangan makanan dan minuman, dan juga hotel.
Dengan adanya kesedaran dari segi perubahan iklim, kekejaman terhadap binatang, dan nutrisi makanan, ramai yang mengambil berat tentang makanan berasaskan tumbuhan seperti vegan di seluruh dunia. Pacific West Foods melancarkan produk Pacific Greens produk berasaskan tumbuhan (vegan) yang tiada lemak trans.
Produk Pacific Greens telah dilancarkan pada 2021, antara produknya adalah Plant-Based Wholly Burger, Plant-Based Fishless Fingers, dan Plant Based Crispy Burger.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook @PacificGreenGlobal