Malam Tahun Baru Cina adalah malam di mana keluarga Cina akan berkumpul untuk makan besar bersama keluarga. Hidangan tradisional mereka sering dikaitkan dengan kesejahteraan, tuah dan keuntungan besar.

Masa inilah bermacam hidangan lazat dihidangkan. Di antara makanan utama yang dihidangkan semasa makan besar adalah ikan, ladu (dumpling), popia, tangyuan (bebola nasi manis), buah limau, niangao (kek beras pulut) dan mi panjang umur.

NI 7 Hidangan yang harus ada pada malam menjelang Tahun Baru Cina seperti dikongsikan oleh Hana Japre dalam Ohhangat.com.my.

1. IKAN

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Foto : epicurious.com

Ikan sering menjadi menu utama di malam Makan Besar. Dipercayai kaum Cina sering memilih ikan sebagai menu utama semasa makan besar kerana sebutannya dalam bahasa Cina iaitu yú membawa maksud tuah, kelimpahan dan keuntungan pada tahun yang mendatang. Ayam dan itik juga sering dihidang sebagai menu tambahan.

2. LADU

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina

Ladu ialah menu klasik masyarakat cina yang berbentuk bujur. Ia sering disajikan semasa Tahun Baru yang membawa makna kekayaan.

Menurut lagenda, jika seseorang itu makan ladu dengan banyak semasa Tahun Baru, maka mereka akan memperoleh banyak wang.

4. POPIA

IKLAN
Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Foto : najjah’sbite

Membawa maksud kekayaan, popia sebenarnya adalah hidangan dim sum berintikan sayur, daging atau bahan-bahan yang manis, yang dibalut dengan doh nipis lalu digoreng hingga keemasan. Popia merupakan menu yang popular di Timur China.

4. BEBOLA PULUT MANIS ( TANG YUAN)

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Foto : huangkitchen.com

Menu popular lain adalah bebola pulut manis (tangyuan), yang membawa maksud kesatuan keluarga. Bentuk tangyuan yang bulat memberi simbolik keluarga yang berkumpul dan bersatu.

5. MI PANJANG UMUR

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Foto : taste.com.au

Mi panjang umur (longevity noodle) pula dihidangkan bagi melambangkan kebahagiaan dan umur yang panjang. 

6. LIMAU MANDARIN

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Foto : amazon,com

Buah-buahan juga tidak ketinggalan dihidangkan semasa makan besar atau sepanjang Tahun Baru. Buah yang sering dihidangkan adalah limau, oren dan limau bali kerana bentuknya yang bulat serta warnanya yang ‘keemasan’ memberi makna kekayaan dan ‘penuh’.

IKLAN

7. KEK BERAS PULUT (KUIH BAKUL)

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina
Foto : permata1960.blogspot.com

Menu lain yang turut disajikan adalah kek beras pulut (niangao). Menurut kepercayaan kaum Cina, niangao memberi maksud ‘semakin tinggi setiap tahun’. Kuih ini kurang dikenali generasi masa kini berbanding generasi yang berusia .

Ni min kongsikan resipi kuih bakul , kuih tradisional Cina yang patut diwarisi generasi muda tak kira bangsa.

 KUIH BAKUL (Kek Beras Pulut)

Makanan Popular Yang Selalu Ada Di Malam Tahun Baru Cina

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 450 gram tepung pulut
  •  188 gram gula perang
  •  188 gram gula putih
  •  750 gram sirap golden
  •  370ml air
  •  4 atau 5 tin loyang berukuran 10cm
  •  Daun pisang dilayur

Cara Membuat Kuih Bakul

1. Gaulkan tepung pulut dengan air sehinggalah sebati adunan. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Mengikut kesesuaian anda biarkan lebih kurang 15 minit.

2. Alas tin dengan daun pisang.

3. Selepas itu, didihkan air dan tuangkan separuh adunan ke dalam tin.

4. Kukus selama 7 atau 8 jam mengikut kesesuaian anda.

5. Apabila kuih sudah masak, ia akan kelihatan berwarna coklat. Biarkan ia semalaman sebelum mengeluarkan kuih itu dari tin.

6. Siap untuk dihidang.

Kredit : wikibooks

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI