Ramadan sering mengingatkan kita dengan nostalgia makanan tradisi Di bulan inilah segala macam makanan akan dijual di Pasar Ramadan. Itulah keistimewaan bulan yang mulia ini. Bercakap tentang nostalgia Ramadan , buat penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak terkecuali dari mengimbau seleksi makanan yang menjadi kesukaannya.
“ Biasanya bulan puasa ni akan mengingatkan saya dengan hidangan Nasi Kerabu bersama Ikan Percik dan juga Sarea ( rumpai laut) yang digaul dengan kelapa . Bulan puasa sahaja ada makanan ni. Lagi satu ialah kuih cek mek molek dan seri muka.
Masa kecil saya selalu ikut arwah ibu berniaga dekat pasar besar Pasir Putih. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya Jala Emas, Kuih Tanjung, rata-rata semua masakannya manis. Itulah antara menu-menu special hanya ada pada bulan Ramadan,”terangnya.
Cuma tiap kali Ramadan teringin akan kuih Cek Mek Molek. Kuih Cek mek molek memang menjadi kegemaran Zarul dari kecil kerana di Kelantan mamang banyak dijual dan salah satu kuih kegemaran keluarganya.Ia memang sedap dimakan waktu panas-panas.
Tambah Zarul yang paling istimewa ialah Nasi Kerabu yang dimakan bersama ikan kembung percik. Ikan percik cara Kelantan berbeza warnanya putih manakala di tempat lain kuah perciknya merah. Menurut Chef Wan bezanya kerana diletakkan sedikit cili. Cili bergantung kepada kepedasaan masing-masing.
Ads
Bagi Chef Wan pula menyukai kuah percik merah. Nasi Kerabu olahan Chef Wan diletakkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Menurut beliau ada yang meletak serai dan dititik sahaja sekadar memberi bau. Kuah percik biar berlebih jangan kurang agar puas menikmatinya.
NASI KERABU DAN PERCIK IKAN KEMBUNG
IKAN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh asam jawa
1 sudu teh halba
1 batang serai
Sehelai daun kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk kunyit secukup untuk menggoreng ikan
Daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia
CARA MEMASAK PERCIK IKAN KEMBUNG:
1Tenggekkan santan di dalam periuk dan masukkan halba.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar, garam dan gula secukup rasa, asam jawa dan kacau untuk seketika.
3.Titikkan serai dan koyakkan daun kunyit lalu masukkan ke dalam periuk. Gaul seketika.
4.Panaskan sedikit minyak masak, celupkan ikan kembung yang telah disalut dengan kunyit, garam dan gula ke dalam kuah percik goreng ikan tersebut.
5.Sediakan hirisan daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit yang dicincang halus dan bawang besar yang telah dicincang yang disajikan bersama nasi kerabu.
6.Setelah ikan digoreng, sediakan di atas pinggan dan tuangkan kuah percik bersama dengan ikan tadi. Sajikan nasi dan ulam-ulam yang telah dihiris dan dicincang . Sedia untuk dinikmati.
Tip: Boleh tambahkan bunga kantan dan daun kunyit ke dalam masakan untuk haruman yang lebih.
BAHAN NASI:
5 1/2 cawan beras
Air secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
2 helai daun pandan
Ads
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh bersih hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan air dengan secukupnya mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
3. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan daun pandan. Gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sehingga masak.
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan:
300gm ubi keledek ( direbus sehingga masak dan dikupas)
50gm tepung gandum serbaguna ( diayak)
Gula secukupnya
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
Cara memasak:
1.Rebus ubi keledek sehingga masak. Ramas atau tumbuk keledek tadi sehingga lembut.
2. Masukkan gula ikut citarasa sendiri dan tepung gandum. Jangan masukkan tepung terlalu banyak agar tidak keras dan tidak terlalu sikit agar tidak melekit.
3. Gaulkan adunan keledek tersebut dan bentukkan adunan keledek bersama inti gula di dalam. Pastikan inti gula adunan keledek tersebut menutup inti gula dengan betul.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil, goreng keledek tersebut sampai warna kekuningan dan boleh diangkat.
5. Kuih Cek Mek Molek sedia untuk dihidang.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA
Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Akok adalah antara kuih yang memang popular di bulan puasa. Rasanya yang lemak-lemak manis memang sedap! Untuk membuatnya, kuih ni biasanya dibakar. Namun ada cara mudah yang boleh dicuba. Tak perlu guna arang pun! Guna sandwic maker sahaja.
RESIPI AKOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Air gula yang telah disejukkan ( 1 cawan air dimasak bersama gula pasir, gula merah & daun pandan. Sukatan gula ikut kemanisan masing-masing)
2 sudu makan minyak masak
5 biji telur
Sedikit perisa pandan
Secubit garam
1/2 kotak kecil santan
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, perisa pandan, garam, santan dan tepung gandum. Kisar selama 2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak untuk mendapatkan kesan kuning keemasan pada kuih setelah siap dimasak nanti.
3. Seterusnya tambahkan air gula yang telah disejukkan. Kisar sekejap.
4. Panaskan mesin pembakar sandwic dan tuang adunan secukupnya.
5. Bakar sehingga akok masak dan menjadi warna kuning keemasan.
Sesekali tekak pasti nak mencuba sesuatu yang lain. Apa kata cuba buat lempeng berinti yang mempunyai rasa auntetik . Menu ringkas ini cukup mengenyangkan.
BENG CHIAU CHAMPA
BAHAN-BAHAN KULIT
1 bungkus tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 kotak santan kecil
Sedikit kunyit (boleh tambah jika suka lebih kuning)
Sedikit garam
Daun bawang (boleh letak atau tidak )
CARA MENYEDIAKAN
Masukkan air dan gaulkan ke semua bahan diatas.
BAHAN-BAHAN INTI
1000gm daging kisar
5 ulas bawang Putih
1 labu bawang Besar
Secubit garam
CARA-CARA MEMASAK
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis daging kisar seketika.
Bila daging kisar sudah kecut masukkan bawang besar yang dihiris.
BAHAN PENCICAH
Bawang putih
Cili padi
Daun Bawang
Bawang Merah
Masukkan kicap sotong
Cuka (boleh gantikan dengan asam limau)
Gula
CARA MENYEDIAKAN
Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat.
Hiris daun bawang dan bawang merah. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk.
Tambah sedikit air panas dan gula serta cuka.
BAHAN HIASAN:
Kacang Tanah
Daun salad
Timun
CARA MENYEDIAKAN
Goreng kacang tanah, tumbuk dan masukkan sekali diatas.
Enaknya Bubur Asyura. Bila tiba 10 Muharram, umat Islam akan mula membuat sajian istimewa ini bagi menandakan Hari Asyura. Ia merupakan bubur yang dihasilkan dari campuran pelbagai bahan seperti beras, aneka kekacang, daging dan sebagainya. Setiap negeri ada versi Bubur Asyura yang tersendiri. Ada yang teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Rohani Ahmad ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1. Rendam semua jenis kekacang semalaman. Ia bertujuan untuk pastikan kacang cepat empuk. 2. Rebus semua jenis kacang sampai empuk. 3. Seterusnya, keledek dipotong dadu dan direbus sampai empuk. 4. Bancuh tepung dengan air sampai cair. 5. Panaskan kuali, masukkan santan dan tepung yang dibancuh tadi. Masukkan juga gula putih dan gula melaka. 6. Masukkan semua kacang dan jagung. 7. Kacau hingga rata dan masukkan keledek. 8. Perasakan dengan garam. Kacau sampai bubur asyura berkilat. 10. Tuang adunan Bubur Asyura ke dalam bekas dan biarkan mengental.
11. Potong Bubur Asyura bila sudah sejuk. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Bubur Asyura juga sedap jika dimakan ketika masih lembik @ panas @ suam.