Makanan Tradisi Kelantan Tarikan Utama Zarul Di Kala Ramadan

Share

Ramadan sering mengingatkan kita dengan nostalgia makanan tradisi Di bulan inilah segala macam makanan akan dijual di Pasar Ramadan. Itulah keistimewaan bulan yang mulia ini. Bercakap tentang nostalgia Ramadan , buat penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak terkecuali dari mengimbau seleksi makanan yang menjadi kesukaannya.

“ Biasanya bulan puasa ni akan mengingatkan saya dengan hidangan Nasi Kerabu bersama Ikan Percik dan juga Sarea ( rumpai laut) yang digaul dengan kelapa . Bulan puasa sahaja ada makanan ni. Lagi satu ialah kuih cek mek molek dan seri muka.

Masa kecil saya selalu ikut arwah ibu berniaga dekat pasar besar Pasir Putih. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya Jala Emas, Kuih Tanjung, rata-rata semua masakannya manis. Itulah antara menu-menu special hanya ada pada bulan Ramadan,”terangnya.

Cuma tiap kali Ramadan teringin akan kuih Cek Mek Molek. Kuih Cek mek molek memang menjadi kegemaran Zarul dari kecil kerana di Kelantan mamang banyak dijual dan salah satu kuih kegemaran keluarganya.Ia memang sedap dimakan waktu panas-panas.

Tambah Zarul yang paling istimewa ialah Nasi Kerabu yang dimakan bersama ikan kembung percik. Ikan percik cara Kelantan berbeza warnanya putih manakala di tempat lain kuah perciknya merah. Menurut Chef Wan bezanya kerana diletakkan sedikit cili. Cili bergantung kepada kepedasaan masing-masing.

Bagi Chef Wan pula menyukai kuah percik merah. Nasi Kerabu olahan Chef Wan diletakkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Menurut beliau ada yang meletak serai dan dititik sahaja sekadar memberi bau. Kuah percik biar berlebih jangan kurang agar puas menikmatinya.

NASI KERABU DAN PERCIK IKAN KEMBUNG
IKAN PERCIK

BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh asam jawa
1 sudu teh halba
1 batang serai
Sehelai daun kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk kunyit secukup untuk menggoreng ikan
Daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang

BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia

CARA MEMASAK PERCIK IKAN KEMBUNG:

1Tenggekkan santan di dalam periuk dan masukkan halba.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar, garam dan gula secukup rasa, asam jawa dan kacau untuk seketika.
3.Titikkan serai dan koyakkan daun kunyit lalu masukkan ke dalam periuk. Gaul seketika.
4.Panaskan sedikit minyak masak, celupkan ikan kembung yang telah disalut dengan kunyit, garam dan gula ke dalam kuah percik goreng ikan tersebut.
5.Sediakan hirisan daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit yang dicincang halus dan bawang besar yang telah dicincang yang disajikan bersama nasi kerabu.
6.Setelah ikan digoreng, sediakan di atas pinggan dan tuangkan kuah percik bersama dengan ikan tadi. Sajikan nasi dan ulam-ulam yang telah dihiris dan dicincang . Sedia untuk dinikmati.
Tip: Boleh tambahkan bunga kantan dan daun kunyit ke dalam masakan untuk haruman yang lebih.

BAHAN NASI:
5 1/2 cawan beras
Air secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh bersih hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan air dengan secukupnya mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
3. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan daun pandan. Gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sehingga masak.

CEK MEK MOLEK

Bahan-bahan:
300gm ubi keledek ( direbus sehingga masak dan dikupas)
50gm tepung gandum serbaguna ( diayak)
Gula secukupnya
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:
1.Rebus ubi keledek sehingga masak. Ramas atau tumbuk keledek tadi sehingga lembut.
2. Masukkan gula ikut citarasa sendiri dan tepung gandum. Jangan masukkan tepung terlalu banyak agar tidak keras dan tidak terlalu sikit agar tidak melekit.
3. Gaulkan adunan keledek tersebut dan bentukkan adunan keledek bersama inti gula di dalam. Pastikan inti gula adunan keledek tersebut menutup inti gula dengan betul.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil, goreng keledek tersebut sampai warna kekuningan dan boleh diangkat.
5. Kuih Cek Mek Molek sedia untuk dihidang.

*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA

Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .

 

Published by
Putri