Makaroni Bakar Berkeju, Anak-Anak Gerenti Suka

Share

Makaroni bakar berkeju ini memang sedap. Bagi peminat keju, pasti menyukainya termasuk anak-anak.

Nak galakkan anak-anak berpuasa bukan mudah. Kena tahu pujuk. Salah satu cara adalah dengan menyediakan hidangan berbuka yang sedap.

Boleh cuba resipi macaroni bakar berkeju ini ye. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Suzana Othman ini.

Makaroni Bakar Berkeju, Anak-Anak Gerenti Suka

Bahan-bahan:

1bungkus makaroni (rebus dalam air yang mendidih bersama sedikit garam dan minyak hingga kembang, kemudian toskan)

1labu bawang Holland (potong dadu) – boleh beli online di sini

5 ulas bawang putih (cincang) – boleh beli online di sini

½biji lada Benggala (potong dadu)

1mangkuk daging cincang

3 sudu besar sos cili 

1tin sos Prego – boleh beli online di sini

3 sudu besar mentega – boleh beli online di sini

Sedikit Italian mix herbs

3 helai daun bay kering – boleh beli online di sini

Serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Bahan-Bahan Krim Keju (untuk Topping):

1sudu besar mentega – boleh beli online di sini

Secawan susu full cream – boleh beli online di sini

6 keping kepingan keju – boleh beli online di sini

2 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini

6 biji telur

Cara-Cara Memasak:

Untuk memasak makaroni goreng; Panaskan mentega di dalam kuali. Masukkan bawang Holland dan bawang putih. Kacau hingga layu.

Masukkan lada Benggala dan daging cincang, gaul hingga daging kelihatan dah masak, kemudian masukkan cendawan.

Kemudian masukkan sos Prego, sos cili, sedikit Italian mix herbs, daun bay, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

Akhir sekali, masukkan makaroni dan gaulkan hingga sebati. Tutup api. Ketepikan.

Untuk memasak krim keju; panaskan mentega di dalam sauce pan atau periuk kecil.
Masukkan tepung gandum dan susu, kacau sebati menggunakan whisk.
Setelah itu, masukkan keju, kacau hingga menjadi larutan yang berkrim. Tutup api.

Untuk sediakan makaroni bakar keju; sediakan bekas untuk membakar makaroni seperti loyang atau bekas tahan panas. Sapukan dgn marjerin. Pukul telur, kemudian masukkan dalam bekas atau loyang tersebut.

Masukkan makaroni, padat-padatkan ia.

Tuang krim keju atas makaroni, parutkan keju mozarella, hiaskan dengan lada Benggala dan parsli kering.

Panaskan oven terlebih dulu. Bakar makaroni dalam suhu 180°c selama 30 – 40 minit atau hingga masak.

Dah siap. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa