Bila dah bosan menghadap nasi dengan lauk pauk, ubah menu yang lain pula. Makan malam dengan makaroni bakar ni memang mengenyangkan. Kita buat ikut resipi Chef Ritz. Kebetulan bahan-bahan pun ada di dapur. Kalau dah pandai nanti boleh buat niaga online. Jom kita buat.
Makaroni Bakar
Bahan-Bahan sos daging
300g daging kisar
150g sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
150g tomato puree
100g air rebusan makaroni
1 kiub pati daging
1 biji bawang Holland (potong dadu)
1/4 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh butter-BELI ONLINE DI SINI
Makaroni
250g Makaroni – Rebus sehingga al dente
Royal Creme
300g UHT whiping cream
1 biji telur ayam
secubit garam
Topping
Chicken sausage, beef pepperoni dan mozarella cheese secukupnya
Cara membuat:
1.Panaskan kuali dan tumis bawang Holland dan lada hitam sehingga bawang sedikit layu.
2.Masukkan daging kisar, pati daging, capsicum hijau dan masak sehingga sedikit garing.
5.Padamkan api dan masukkan butter ke dalam sos. Gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan makaroni yang sudah direbus dan gaul sebati.
7.Pindahkan makaroni ke dalam dulang pembakar dan seterusnya tuangkan royal creme.
8.Susun dengan topping kegemaran masing-masing.
9.Bakar pada suhu 220 darjah selsius selama 15 minit atau sehingga cheese bertukar warna keperang-perangan.
10.Sedia untuk dihidang.
Kredit : Ritz the BAKER
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official