Cuaca mendung sedap juga dapat makan makaroni bakar. Makan panas-panas memang padu rasa.Guna bahan apa yang ada di rumah kita buat versi makaroni bakar tanpa sos prego. Jomlah cuba.
MAKARONI BAKAR
Bahan-bahan:
1 biji bawang Holland-cincang
5 ulas bawang putih-cincang
100gm makaroni (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
400gm daging cincang
1 biji capsicum-potong dadu
1 biji lobak merah – potong dadu
Daun bawang
Cabai hidup-hiris
4 sudu rempah kari
2 sudu rempah sup
Garam dan gula secukupnya
2 sudu besar sos tiram
Cendawan butang-hiris
Sos putih:
1 ½ cawan susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung jagung bancuh sikit dengan air panas(kacau supaya tak berketul)
2 keping keju cheddar
Cara memasak:
1.Rebus makaroni.
2.Tumis bawang Holland dan bawang putih.
3.Masukkan daging cincang.
4.Masukkan rempah kari,rempah sup,sos tiram dan tumis.
5.Masukkan lobak merah, capsicum dan cendawang butang.
6.Kacau dan masak sehingga rata.
Ads
7.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8.Untuk sos putih, masukkan butter .masak hingga cair.kemudian tambah susu segar, tepung jagung dan keju. Sos putih boleh tuang atas permukaan makaroni sebelum dibakar.Untuk yang suka keju ,boleh tabur keju mozzarella.
9.Masak dalam masa 10 minit dengan suhu 180 darjah.
Jika anda seorang yang suka mengunyah sambil menonton tv, ni ha…Cornflakes Sira Pedas ni antara yang boleh dicuba. Mudah sangat nak buat dan rasanya tentulah sedap! Kalau nak buat untuk niaga atau dijadikan kudapan tetamu di hari raya pun sesuai sebab ia tahan lama!
CORNFLAKES SIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Tempe – hiris nipis dan goreng garing
Kacang tanah – goreng hingga masak
Cornflakes secukupnya – perisa asli
BAHAN SAMBAL SIRA:
2 senduk cili kering – yang telah direbus dan dikisar lumat
3-4 ulas bawang putih – tumbuk atau sagat
2 ulas bawang merah – ditumbuk atau sagat
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya – boleh guna pes asam jawa
Kicap manis dan kicap masin secukupnya – untuk tambah perisa dan cantikkn lagi warna sambal
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan cili kering,bawangputih, bawang merah dan tumis hingga garing cilinya.
Tambahkan air asam jawa,kicap,garam serta gula dengan secukup rasa. Pastikan sambal sedikit manis.
Seterusnya masukkan cornflakes, tempedan kacang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Sediakan loyang dan sapukan sedikit marjerin.Tuang bahan-bahansira tadi dan ratakan.
Bakar pada suhu 180C sehingga cornflakes garing dan rangup. Masanya antara 20-30 minit.Semasa dibakar, balik-balikkan agar semua bahan masak sekata.
Setelah masak, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Resipi Kubis Kukus Gulung Berkeju yang mudah, lazat dan halal. Hidangan ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Sihat dan mengenyangkan. Bukan itu saja, orang yang tak makan sayur pun mesti suka dengan hidangan ini.
Tambahkan keenakan hidangan ini dengan kepingan keju Anchor Cheese Slices yang diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba nanti.
KUBIS KUKUS GULUNG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping kobis panjang/bulat
6-8 keping Anchor Cheese Slices
400gram daging kisar
½ biji lobak merah – parut halus
4 biji cendawan shiitake – hiris
3 ulas bawang putih – cincang halus
2 tangkai daun bawang – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap soya cair
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Celur kepingan kobis hingga sedikit layu (dalam 10-15 saat) lalu toskan (buang lebihan air).
Di dalam mangkuk, satukan daging kisar, cendawan shiitake, parutan lobak merah, cincangan daun bawang, bawang putih cincang, sos tiram, kicap soya cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata.
Ambil sekeping kobis yang telah dicelur tadi, letak sesudu inti lalu gulungkan dengan rapi dan susun di dalam pinggan tahan panas.
Kukus gulungan kobis selama 8 minit.
Keluarkan pinggan berisi kobis gulung, susun kepingan Anchor Cheese Slices diatas gulungan kobis. Kukus kembali selama 1-2 minit. Hidangkan panas.
Pelbagai menu menggunakan wraps boleh anda sediakan. Antara yang boleh anda buat ialah beef wraps ni. Bungkus-bungkus dah siap satu menu. Buatlah inti daging dengan perisa yang sedap. Letak pula keju di dalamnya. Ha pasti licin sepinggan. Nak cuba boleh ikut resipi ini.
BEEF WRAPS
Bahan-bahan:
Daging kisar (Minced beef) -kami guna brand saudi yang dalam tiub kecil. Guna separuh saja.
5 keping roti pita (wraps)
½ biji bawang Holland -kalau saiz besar
1 biji cili Benggala (capsicum) = 1 biji
Gula perang
Cheese (slice dan mozarella)
Bawang putih ni optional-Cincang halus.Kami guna yang siap. Macam bawang goreng.
Sos black pepper, sweet & sour / plum sauce (boleh ganti sos tomato dan sos cili)
Cara memasak:
1.Panaskan butter/marjerin dalam 1 sudu besar.
2.Masuk bawang tumis sampai agak layu kemudian masukkan 1 sudu besar gula perang.Kacau sampai jadi macam warna caramel.
3.Kemudian masukkan daging.Kacau sikit.
4.Masukkan black pepper sauce, sos barbeku, sos sweet & sour atau plum (Jika tidak ada sos ini boleh seimbangkan dengan gula dan serbuk perasa, guna sos tomato atau buah tomato pun ok.
5.Bila dah masuk semua bahan,kacau rata kemudian masukkan cili Benggala dan terus tutup kuali dalam tiga ke lima minit.
6.Dah siap bungkus begini kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak cairkan sikit cheese tu boleh masuk dalam microwave atau kalau nak garing sikit kulit atas wraps tu boleh sapu butter atau merjerin kemudian masuk dalam oven atau lagi mudah dalam air fryer. Suhu 160, 3 ke 5 minit. Terpulang pada jenis air fryer masing-masing. Rupa wraps akan lagi cantik, garing sikit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!