Makaroni Bakar Ni Memang Padu Rasa,Sekali Makan Memang Nak Lagi

Share

Cuaca mendung sedap juga dapat makan makaroni bakar. Makan panas-panas memang padu rasa.Guna bahan apa yang ada di rumah kita buat versi makaroni bakar tanpa sos prego. Jomlah cuba.

MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang Holland-cincang
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 100gm makaroni (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
  • 400gm daging cincang
  • 1 biji capsicum-potong dadu
  • 1 biji lobak merah – potong dadu
  • Daun bawang
  • Cabai hidup-hiris
  • 4 sudu rempah kari
  • 2 sudu rempah sup
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Cendawan butang-hiris

Sos putih:

  • 1 ½ cawan susu segar
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung jagung bancuh sikit dengan air panas(kacau supaya tak berketul)
  • 2 keping keju cheddar

Cara memasak:

1.Rebus makaroni.

2.Tumis bawang Holland dan bawang putih.

3.Masukkan daging cincang.

4.Masukkan rempah kari,rempah sup,sos tiram dan tumis.

5.Masukkan lobak merah, capsicum dan cendawang butang.

6.Kacau dan masak sehingga rata.

7.Masukkan garam dan gula secukup rasa.

8.Untuk sos putih, masukkan butter .masak hingga cair.kemudian tambah susu segar, tepung jagung dan keju. Sos putih boleh tuang atas permukaan makaroni sebelum dibakar.Untuk yang suka keju ,boleh tabur keju mozzarella.

9.Masak dalam masa 10 minit dengan suhu 180 darjah.

10.Taburkan parsley segar untuk hiasan.

Kredit: Mastura Mukhtar

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Putri