Kalau dah bosan sambut hari jadi dengan kek, lepas ni boleh cuba buat Makaroni Bakar pula. Resipi Makaroni Bakar ni di kongsikan oleh Nik Zamzurina Nik Mohamed di Facebook. Sangat menarik resipi ni sebab confirm kenyang kalau makan sepotong. Tapi kalau resipi Makaroni Bakar ni memang sedap, sepotong pun tak cukup! Sebab tu lah resipi ni di kongsikan memang untuk seloyang. Menu Makaroni Bakar ni sesuai juga dihidangkan untuk majlis keramaian. Confirm laku keras. Jom kita cuba resipinya.
Jom beli kuali baru dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan makaroni (direbus)
300gm daging kisar
1 biji bawang holland (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji kentang (dipotong dadu)
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan susu segar
4 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Keju mozzarella (lagi banyak lagi sedap)
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Bahan hiasan:
Daun bawang, daun sup, cili besar, sos cili dan mayonis
CARA PENYEDIAAN:
1.Makaroni direbus dan ditoskan air
2.Tumiskan bawang merah bersama bawang putih hingga garing dan naik bau. Masukkan daging kisar kacau hingga garing sedikit. Masukkan kentang, serbuk kari dan kiub ayam. Gaul rata. Masukkan sedikit air. Kemudian gula dan garam. Masak hingga kentang tadi empuk.
3.Masukkan makaroni. Campur susu bersama telur. Kacau dan tuang ke dalam kuali. Gaul sekejap hingga sebati dengan api yang perlahan. Tutup api.
4.Alaskan loyang 8×8 dengan baking paper. Tuang makaroni tadi separuh dalam loyang. Kemudian tabur cheese mozzarella ke semua tempat. Ulang proses tadi kemudian tabur cheese menutup semua permukaan. Bakar suhu 160 selama 20 minit sehingga keju cair.
5.Bila makaroni dah sejuk keluarkan dari loyang. Masukkan sos cili dan mayonis ke dalam plastik. Gunting hujung dan paipkan berselang seli atas makaroni. Kemudian tabur daun bawang, daun sup dan cili.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nik Zamzurina Nik Mohamed