Jom masak Makaroni Goreng Ayam ni untuk keluarga. Menunya cukup mudah. Boleh guna isi ayam kisar sahaja. Jika nak lebih cepat, boleh sahaja guna kepingan patty ayam yang bias akita guna untuk masak burger.
Sebungkus makaroni ni cukup untuk hidangan 10-12 orang. Ramai boleh makan. Jika buat untuk jamuan sesuai sangat. Sekali goreng, dapat banyak.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Har Ryea ni. Pasti puas hati.
RESIPI MAKARONI GORENG AYAM. MENU SEDAP & CEPAT MASAK
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus makaroni – rebus & tos – beli online disini
6-7 biji lada kering – rebus & kisar – beli online disini
2-3 biji bawang merah – kisar
1-2 ulas bawang putih – kisar
Isi ayam kisar (boleh ganti dengan kepingan patty ayam burger)
Udang segar secukupnya
3 biji telur
Sayur campur
Sos tiram secukup rasa – beli online disini
Daun Sup
Garam & Ajinomoto
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng isi ayam yang dihancur-hancurkan hingga sedikit garing.
2.Masukkan bahan kisar tadi dan gaul rata.
3.Masukkan kiub ayam. Biarkan sampai sedikit naik minyak & wangi.
4.Tambahkan ajinomoto, sedikit garam & sos tiram. Kacau rata seketika.
5. Seterusnya masukkan udang. Kacau & biarkan sekejap.
6.Masukkan makaroni yang telah direbus bersama sayur campur. Ratakan.
6.Masukkan telur di atas makaroni kemudian gaul rata perlahan-lahan.
7.Akhir sekali, taburkan daun sup. Gaul rata.
8.Bila makaroni sudah berwap, padamkan api. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Info: Selain daging kisar, ayam kisar dan patty ayam, boleh juga gunakan sosej.
Kredit resipi & foto: Har Ryea
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official