Resipi perkongsian dari saudari Ziera Johari II
BAHAN-BAHAN:
- 500gm makaroni
- 2 tin sos Cheese & Herbs prego
- 2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
- 1 biji lada benggala ( merah & hijau)
- 1 tin cendawan butang | hiris
- 1 paket sosej ayam | hiris
- 2 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
- Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
- Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
- Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
- Seterusnya masukkan lada benggala.
- Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.
Kredit gambar & resipi: Ziera Johari II