Sedapnya Makaroni Goreng. Jika belum ada idea nak masak menu apa untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni antara yang boleh anda cuba. Sedap, mudah dan tentunya kena dengan selera. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI MAKARONI GORENG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus makaroni – beli online disini
3 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
BAHAN PERENCAH:
1/2 cawan kecil marjerin – beli online disini
2 biji bawang holland – hiris dadu – beli online disini
1 biji tomato saiz besar – hiris kecil
3 sudu besar cili kisar /cili boh (atau ikut pedas disukai)
4 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
1 tin sedang tomato puri – beli online disini
1 mangkuk kecil isi ayam – hiris kecil
1 paket hotdog – hiris
2 bungkus kecil fishball – belah dua
3 kiub pati ayam
1 sudu kecil penuh serbuk lada putih – beli online disini
1 biji cupsicum merah – hiris dadu
1 biji cupsicum hijau – hiris dadu
1 biji cupsicum kuning – hiris dadu
Garam, gula secukup rasa dan air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Rebus makaroni dalam air mendidih dan masukkan minyak masak.
2. Bila makaroni hampir lembut terus angkat, toskan dan lalukan di bawah air mengalir supaya makaroni tidak terlebih masak. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan cairkan marjerin.
4. Masukkan bawang lalu tumis hingga layu.
5. Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit bau.
6. Masukkan pula tomato puri dan tumis hingga pecah masak.
7. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili, kiub pati ayam, garam gula secukup rasa dan kacau sebati.
8. Masukkan isi ayam, hotdog, fishball dan biarkan ayam masak.
9. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus dan juga cili capsicum. Kacau hingga sebati. Siap dan sedia dihidang.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official