Makaroni goreng paling sempoi yang boleh dijadikan menu makan malam atau sarapan pagi yang patut anda semua cuba, ia ringkas, senang dan mengenyangkan. Paling penting pasti seisi keluarga suka. Menu barat yang telah difusionkan ikut tekak orang Malaysia.
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket makaroni- rebus dan tos
1/2 dada ayam – hiris nipis
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 batang seleri
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit hirisan kobis
5 tangkai cili kering – potong kecil
1 biji bawang besar – cincang kasar
4 ulas bawang putih – titik
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering.
Ads
3. Seterusnya, masukkan rempah kari dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan ayam, kacau lagi.
Ads
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
6. Tambahkan sedikit air jika sedikit kering.
7. Akhir sekali, masukkan makaroni dan semua bahan hirisan. Kacau rata.
8. Tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kat FB kebelakangan ini ada aje orang post gambar sambal Mulberi. Buatnya senang sangat, gantikan limau dengan buah mulberi.
Zulfaza yang dikenali di FB Zulfaza Loves Cooking ZLC pun tak ketinggalan mencuba sambal belacan mulberi. Kebetulan pula di seberang jalan rumahnya ada pokok mulberi yang sedang berbuah lebat , apa lagi rugi kalau tak cuba sambal belacan mulberi ini.
.
Jom tengok resipi yang dikongsikannya. Kata Zulfaza lawan dengan ulam raja segar yang ditanamnya sendiri di laman depan rumah, memang makin terangkat lah rasanya
Garam dan gula | secukup rasa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk lumat atau kisar (letak sedikit air masak).
INFO : Mulberi yang saya gunakan belum ranum, masih masam sebab belum terlalu matang. Kalau gunakan buah yang dah kehitaman (masak) boleh perahkan sedikit limau.
.
Kredit : FB Zulfaza Loves Cooking ZLC
MAHU MEMBELI MESIN PENGISAR TERBARU, BELI ONLINE DI SINI
Sedapnya menu Ayam Cili Padi Tomyam ni. Masak guna pes tomyam je. Kalau nak tahu, pes tomyam tidak semestinya digunakan untuk masak tomyam sahaja. Ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai masakan lain dan dijadikan rencah. Memang wangi dan pecah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Anda pasti sukakannya.
Kalau panas-panas kalau dapat air sejuk, pegrhhh sedap sungguh, selalunya, penyelesaian terbaik kit selalu membei je airsejuk yang perlbagai jenis dijual, kalau nak sedap harga boleh tahan mahalnya, paling kurangpun RM5, Tapi kenapa perlu bazirkan duit hanya untuk puaskan tekak yang kehausan.Apa kata sesekali korag cuba buat sendiri di haaaaaari cuti ini.
.
AIR CINCAU TEMBIKAI SUSU BAHAN-BAHAN:
Tembikai susu secukupnya | parut kasar
Cincau secukupnya | potong dadu kecil
Nata decoco secukupnya
Biji selasih secukupnya | rendam dalam air
Air gula Melaka secukupnya
Susu pekat manis secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan gula Melaka dalam gelas, diikuti cincau, tembikai susu dan nata decoco.
Kemudian masukkan selasih dan sedikit air (jika perlu).
Seterusnya tuangkan susu pekat manis diatasnya.
Akhir sekali masukkan ais dan sedia dihidangkan.
Jika belum sedia dihidangkan, simpan dalam peti sejuk.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.