Makmor Lejen Kegemaran Ramai, Cair Dimulut

Share

Ada yang mengidam biskut Makmur. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Azlina Ina Fans. Buat ikut step by step gerenti menjadi elok.Biskut Makmur ni memang menjadi kegemaran ramai.

Makmor legend

Bahan-bahan:

Kacang tanah-sangai atau bakar sampai rangup.Kalau korang nak tumbuk kacang boleh, kemudian tambah sikit gula halus gaulkan untuk jadi inti.

 

Bahan-bahan doh:

125g minyak sapi jenama macam gambar,rasanya superduper sedap.

2 sudu besar pure butter salted

2 sudu besar gula halus

1 sudu besar esen vanila

Satukan dan whisk atau pakai senduk sebatikan dalam mangkuk lain

Satukan

3 cawan tepung gandum

1/4 cawan susu tepung

Gaul sebati

Masuk campuran tepung dalam adunan pertama tadi sikit-sikit.

Dah sebati dan jadi doh baru rehatkan sekejap 15 minit wrap elok-elok kalau korang nak buat flavour pandan. Asingkan doh dan tambah coconut pandan pasted dan warna hijau.

Bentukkan dan bakar pada suhu 170 dalam masa 20 minit.

Dah siap sediakan salutan

Satukan

1/4 cawan susu tepung

1/2 cawan gula ising -kalau tak nak manis kurangkan

Gaul sebati baru golekkan kuih makmor dalam bahan ni. Kalau nak letak dalam paper cup boleh, tak nak pun boleh saja.

Kredit: Azlina Ina Fans

Published by
Putri