Makmur Melting Lemak Manis, Cair Di Mulut

Share

Nak tunggu raya baru dapat biskut kegemaran. Kalau dah suka boleh sahaja buat biskut citarasa anda. Biskut Makmur ni kalau kena dengan tekak, sebalang pun boleh habis dimakan. Buat yang ingin mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Buat lebih boleh hadiahkan kepada yang tersayang.

Makmur Melting

Bahan-bahan:

1800gm tepung gandum the baker choice (masuk oven bakar sekejap atau sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit. Kalau matahari terik jemur pun boleh lagi senang)

200gm tepung jagung

200gm gula aising(ayak)

200gm susu tepung full cream fernleaf

2 sudu teh garam halus

800gm minyak sapi gheeblend

8 sudu besar butter/buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah/rapuh semasa golek-golek dalam gula nanti)

Step ni rasanya semua tahukan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.

Untuk inti dalam doh:

750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar sikit nanti time makan texture ada krup krap kacang tu buat feel layan makan

300gm gula yang dikisar halus

270gm mentega kacang( nak bg lemak-lemak dan senang dikepal time nak letak inti)

60gm butter/buttercup

Semua ni digaul sampai semua rata.Sampai boleh dikepal-kepal.

Bahan salut:

800gm susu tepung full cream fernleaf

880gm gula aising-mesti ayak bersama bagi rata

Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resipi ke 2 ni

600gm susu tepung full cream

1200gm gula aising

Ayak bersama

Cara membuat:

1.Macam biasa sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung.

2.Letak inti dalam 3/4 sudu teh dan bakar dalam oven  30 minit 140 darjah.

3.Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara,siap masak goncang-goncang dalam tu,cepat sikit kerja.

3.Boleh juga di ubah suai letak pes pandan dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang pelbagai.

Kredit: Norita Farish Indah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri