Jika biasa membeli daging kerbau beku di pasar raya, pasti biasa dengan jenama ini. Selain itu tentu ramai yang perasan pada bungkusan daging ini ada nombor-nombor kod tertentu.
Menerusi info yang dikongsi oleh penjual daging sendiri makna nombor kod tersebut adalah daging bahagian kerbau dan masakan yang sesuai dengan jenis daging tersebut.
Kod 11
- Bahagian daging bawah perut dan kurang lemak serta urat.
- Sesuai untuk masakan kari/gulai, rebus/singgang dan masak kicap.
Kod 31
- Bahagian batang pinang dan paling lembut dan tiada lemak.
- Sesuai dibuat sate, steak, goreng dan bakar.
Kod 41
- Bahagian daging dalam paha belakang.
- Jenis isi daging pejal dan halus, sesuai untuk masakan gulai.
Kod 42
- Daging dalam bahagian paha belakang. Agak pejal dan sedikit liat.
- Sesuai untuk masakan rendang, kari, rebus dan singgang.
Kod 44
- Daging paha belakang, berotot dan liat sedikit.
- Boleh digunakan untuk masakan dendeng, serunding dan kari.
Kod 45
- Daging kerbau beku kod ini merupakan bahagian atas punggung. Sedikit pejal tetapi lembut.
- Sesuai untuk masakan beriani, kurma, kari dan rendang.
Kod 46
- Merupakan bahagian daging batang pinang dan mempunyai isi lembut dan berlemak.
- Enak dibuat sate, bakar dan goreng.
Kod 61
- Daging bahagian bawah dada. Sedikit pejal dan liat sedikit.
- Sesuai untuk sup, daging salai, rebus dan singgang.
Kod 64
- Daging bahagian bahu sehingga paha depan. Isinya sedikit tebal dan lembut.
- Sesuai untuk sup, rendang, beriani dan kurma.
Kod 65
- Kod ini bahagian daging bahu depan dan berserat kasar.
- Sesuai dimasak sup, rendang, kari dan gulai.
Kod 66
- Daging cincang dan campur. Isinya berlemak dan berurat.
- Sedap dimasak dalca dan gulai kawah.
Kod 67
- Daging bahagian leher sehingga rusuk. Isinya pejal dan lembut.
- Sedap dimasak sate, bakar, beriani dan kurma.
Semoga bermanfaat
Sumber: Facebook Penjual Daging Baraqah Maju