Apabila sibuk dengan aktiviti di dapur seperti memasak dan menghidangkan makanan, tanpa disedari banyak sudut dan ruang dapur yang tidak dijaga dengan baik. Ini juga didorong faktor kesibukan dan mungkin tiada motivasi untuk mencantikkan ruang dapur. Ayuh, jangan leka dan malas mengemas dapur kesayangan anda. Lakukan seperti seorang pencuci profesional!

  1. Buat jadual

Sediakan jadual untuk sesi mengemas dapur. Jika anda sibuk bekerja pada hari-hari biasa, pastikan setiap hujung terisi dengan jadual untuk mengemas ruang dapur. Bagi golongan profesional, jadual yang dibuat akan diikuti sehingga semua proses mengemas selesai. Jadual mengelakkan anda daripada bertangguh!

  1. Motivasi

Motivasi sangat penting bagi anda yang berhajat membersihkan ruang dapur. Banyak cara yang dapat membangkitkan motivasi anda di dapur. Pasangkan tv atau mainkan lagu rancak yang menaikkan mood dan tenaga anda. Bekerjasama dalam kumpulan juga membuatkan anda lebih bersemangat membersihkan ruang dapur. Ajak anak-anak atau rakan anda dalam hal ini!

  1. Pakaian sesuai

Pencuci profesional sentiasa mengenakan pakaian khas ketika mencuci. Ia bertujuan memudahkan kerja dilakukan. Anda harus memakai pakaian yang selesa agar tidak terganggu ketika membuat kerja dapur. Penggunaan kasut dan sarung tangan dapat memastikan keselamatan anda lebih terjamin.

Ads
  1. Perkakasan

Proses mencuci dan mengemas dapur memerlukan anda menggunakan peralatan yang berkualiti tinggi. Jangan rasa rugi untuk membeli perkakasan mencuci dan membersihkan dapur seperti mop, kain pengelap, sabun pencuci lantai, vakum dan sebagainya. Produk yang berkualiti akan memberi keuntungan dari segi jangka masa panjang buat anda.

  1. Sediakan bekas

Bagi memastikan proses mengemas dan mencuci ruang dapur berjalan lancar, sediakan bekas khas atau tray yang menempatkan pelbagai perkakasan mencuci. Pencuci profesional sentiasa membawa tray bersama mereka untuk memudahkan proses mencuci dan mengemas. Jangan sampai anda terlupa untuk membawa serbuk pencuci atau berus semasa proses mencuci itu nanti.

  1. Gunakan dua tangan

Biasakan diri untuk menggunakan kedua-dua tangan ketika mengemas dapur. Harus diingat ya, pencuci profesional tidak akan mencuci permukaan kaunter top dengan satu tangan. Dengan menggunakan kedua belah tangan, kotoran akan hilang dengan lebih cepat dan berkesan.

  1. Susun perkakasan dahulu

Pastikan peralatan elektrik dan perkakasan dapur dikemas dengan cermat. Sekiranya anda tidak berhati-hati anda mungkin merosakkan pengisar, singki, pasu bunga, pembakar roti dan lain-lain. Ketika membersihkan satu-satu sudut di dapur, kemas satu persatu perkakasan tersebut. Sudut yang bersepah juga sukar dibersihkan. Oleh itu, susun perkakasan tersebut terlebih dahulu agar proses mengemas lebih mudah dan keselamatan lebih terjamin.

Sumber gambar:  unsplash

Ads

INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.

Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.

Ads

Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Sotong Pisang Muda, Lauk Sedap Buka Selera

Elakkan Lauk Bersantan Cepat Basi…Ada Caranya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI