Malaysia Culinary World Cup 2023 Bakal Mencipta Rekod

Share

Malaysia Culinary World Cup 2023 yang disertai seluruh dunia telah diadakan di World Trade Centre di Kuala Lumpur bermula pada hari ini (21 Februari 2023 sehingga 23 Februari 2023) yang bakal berlangsung selama 3 hari.

Seramai 650 peserta dari Malaysia dan juga dari luar negara bersama menjayakan pertandingan ini bagi meraih Guinness World Records. Majlis telah dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) bersama Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Tourism Malaysia).

Melalui pertandingan ini juga, kita dapat mengenali pelbagai jenis menu dari pelbagai negara di dunia. Dalam pertandingan ini, sebanyak 9 kategori utama bakal dipertandingkan bersama 62 sub kategori termasuk 40 makanan lokal.

Setiap kategori akan diadili lebih kurang 100 Chef dari dalam dan luar Malaysia termasuk Chef Liza Zainol. Selepas tiga hari berlangsung, keputusan Guinness World Records akan diumumkan.

Pertandingan ini bakal dijadikan sebagai pertandingan tahunan menurut Malaysia Bersatu Culinary Association bagi memberi peluang industri makanan lokal dan internasional bergabung dalam satu bumbung dan dikenali ramai.

 

Published by
Nadzirah Rashid