Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa “WorldChef Battlefield 2019”

Share

Malaysia sememangnya telah dikenali sebagai destinasi kulinari di Asia yang mempunyai ratusan makanan enak yang sentiasa mendapat perhatian dunia. Malah Malaysia juga telah dinamakan sebagai World Top Destination malah beberapa kali memenangi tempat pertama dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.

Dan sekali lagi, Malaysia akan mengambil satu lonjakan besar dalam bidang kulinari dengan menjadi negara pertama sebagai tuan rumah pertandingan bertaraf dunia ini.  Pertandingan memasak selama 4 hari ini akan diadakan dari 4 hingga 7 April di Movenpick Hotel & Convention Centre Sepang, Selangor. dihos  dan dianjurkan oleh DRS PROEVENT dengan kerjasama CZ Restaurant Group, dengan sokongan Tourism Selangor.

Chef Zubir, Pengerusi WorldChef Battlefield Malaysia

WCB 2019, akan mencerminkan keadaan sebenar siri pertempuran kulinari di kalangan chef profesional dari seluruh dunia. Peserta dari  Asia dan negara Afrika Mauritius akan bersaing untuk gelaran Juara Masters di Worldchef Battlefield 2019. Pertandingan ini turut disokong oleh Professional Culinaire Association (PCA) dan disahkan oleh World Association of Chefs Societies (WACS)

Lokasi pertandingan yang bakal menyaksikan pertemburan Chef-chef bertaraf dunia. – sumber worldchefbattlefield.com

Pertempuran bertaraf dunia ini akan memperlihatkan 16 pasukan dari empat chef. Masing-masing menyediakan hidangan masakan dan dinilai oleh sembilan juri dan 10 hakim lain menilai kemahiran chef di dapur.

WCB 2019, yang akan dirakamkan secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia, menawarkan hadiah wang tunai $ 12,000 (RM49,570) untuk pasukan juara.

Barisan ViP yang hadir dimajlis pelancaran rasmi. Dari kiri Encik Khairul Maharis (Movenpick) Chef Bob, Chef Zubir , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan kebudayaan), Datin Riana (DRS) dan Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor)

Chef profesional dan hakim Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain yang juga Pengerusi Workd Chef  Battlefield Malaysia akan mengetuai pertandingan.  Panel penghakiman pula akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dari Switzerland. Otto telah menghabiskan lebih dari 30 tahun kerjaya memasak di Singapura. Dia telah membantu di restoran ayahnya sejak berusia 10 tahun dan digelar Godfather dalam bidang kulinari Singapura.

Antara juri lain pula  terdiri daripada profesional industri dari Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Published by
Ida Abd Aziz