Wahhh..Sedapnya nampak madu dalam sarang tu! Macam manis-manis kenyal. Ada yang pernah cuba makan madu dari sarang tu tak? Hari ni nak share sedikit info mengenai makanan sunah ni.
Madu, sejak dulu memang dikenali sebagai makanan yang berkhasiat bagi kesihatan. Madu yang dihasilkan oleh lebah boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain. Bahkan ia boleh diolah dan dijadikan minuman. Misalnya dengan mencampurkan madu dengan air suam. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa campuran madu dan air suam memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.
KHASIAT MADU LEBAH ASLI
1. SUMBER ANTIOKSIDAN
- Terdapat kajian yang menyatakan bahawa dengan memakan suplemen kalsium bersama madu, dapat membantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh. Madu juga dikatakan sumebr antioksidan yang baik dan membantu untuk kekal awet muda.
2. MENGATASI BATUK
- Madu memiliki efek penyembuhan akibat infeksi. Campuran madu dengan air suam juga dikatakan membantu membawa keluar kahak yang terkumpul di dalam kerongkong sekaligus memberikan kelegaan bila anda dijangkiti batuk.
3. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
- Kombinasi madu dan air suam boleh membantu membakar lemak. Oleh itu, disarankan untuk minum segelas air suam yang dicampurkan dengan madu pada setiap pagi agar menurunkan timbunan lemak berlebihan dalam tubuh.
4. MENINGKATKAN ENERGI TUBUH
- Madu memberikan tenaga kepada tubuh tetapi ia tidak membuatkan anda gemuk. Oleh itu tiada masalah kalau mengambil meadu dalam diet harian setiap hari.
5. KESIHATAN KULIT
- Madu memiliki banyak sifat antibakteria dan antikulat. Dengan meminum madu, ia dikatakan dapat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Selain itu, meminum campuran madu dan air suam juga boleh membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
6. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH
- Salah satu manfaat kesihatan madu ialah meningkatkan kekebalan terhadap batuk dan kesejukan. Minuman ini membantu membersihkan sistem pencernaan dan meningkatkan kekuatan tubuh untuk melawan penyakit.
7. MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
- Madu dan air hangat merupakan penguat untuk sistem metabolisma. Makanan anda akan dicerna dan diserap dengan cepat jika anda meminum minuman sihat ini. Hasilnya, anda memiliki selera makan yang baik dan juga menurunkan berat badan.
8. MENCEGAH DEHIDRASI
- Campuran air suam dan madu boleh membantu untuk menambah cairan dalam tubuh. Jadi, anda akan terhindar daripada mengalami dehidrasi dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI