
Baru-baru ini kita telah menyaksikan kemusnahan harta benda disebabkan bencana banjir. Banyak harta benda terpaksa dibuang ekoran dari tragedi malng ini.
Namun yang mengagumkan kita bila gambar bekas Tupperware yang penuh dengan keropok ikan tular di Twitter kerana dapat menyimpan makanan di dalamnya sepenuhnya utuh, segar dan rangup walaupun sudah lama berada di dalam air banjir.
Dalam gambar tersebut, struktur dan bahagian dalam bekas Tupperware kelihatan baik walaupun bahagian luarnya kotor kerana diselaputi lumpur.
Fakta bahawa keropok ikan kekal kelihatan segar dan boleh dimakan menunjukkan betapa tidak boleh dihancurkan bekas Tupperware!

Hampir setiap isi rumah di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu bekas Tupperware di antara banyak bekas lain yang disimpan di dalam almari.Ketahanan bekas Tupperware sudah diketahui umum terutama di kalangan ibu-ibu.
Patutlah zaman ibu dahulu kalau kita nak gunakan bekas tupperware, disuruhnya mengambil bekas plastik lain, ia ibarat barang berharga yang dijaga penggunaannya.

Malah muruku yang kita semua tahu agak rapuh, kekal selamat dan rangup di dalam bekas Tupperware.Mangsa banjir lain turut berkongsi gambar Tupperware mereka juga! Masing-masing menunjukkan gambar bekas Tupperware mereka yang lain yang masih masih utuh dan makanan di dalamnya tidak terjejas.



Selepas melihat gambar-gambar tersebut, pengguna Twitter berasa kagum dengan kehebatan bekas ini.
Ramai yang turut memberi pendapat di ruangan komen untuk menyatakan rasa tidak percaya mereka.
Klik sini
Telur Cili Kering Berempah Yang Mudah Dan Jimat Masa Di Dapur!
Petua Rawat Batuk Secara Semulajadi Dengan Bawang Holland & Madu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!





Malah kerjasama pertama kali antara portal majalah RASA dan HAVOC ini juga telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dimana seramai 335,000 pengunjung direkodkan telah berkunjung ke fiesta yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ini.
Aneka kicap, sos dan kordial minuman, pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Memang kaw-kaw punya promosi. Dekat kedai pun tak akan dapat harga macam ni.

Bukan itu sahaja, setiap hari abang-abang dan kakak-kakak di booth JALEN menyediakan belon buat kanak-kanak, aneka minuman sejuk dan juga kentang goreng percuma buat para pengunjung. Cuaca panas, dapat pula minuman sejuk, memang kena serbu.

Istimewa sempena RASA Layan Curry Fiesta, pihak JALEN juga mengadakan Demo Masakan bersama chef professional yang dibawa khas dari Johor iaitu Chef Razak yang berkongsi resipi istimewa yang dimasak menggunakan produk JALEN.
Kari Istana dan Daging Masak Jintan. Sangat sedap dan mudah. Chef hanya menggunakan Kicap Lemak Manis JALEN dan tidak menggunakan sebarang bahan perasa yang lain. Sedang elok rasanya. Tak terlebih masin dan manis. Paling penting kena guna kicap keluaran usahawan bumiputera muslim ini. Yang jarang masuk dapur pun boleh boleh masak macam pro.


Bayangkan dalam masa tak sampai satu jam, menu-menu enak ini dapat disiapkan. Masak memang jadi lebih mudah dan cepat bila menggunakan produk JALEN.




Setelah empat hari menggegarkan Shah Alam, fiesta kali ini melabuhkan tirai dengan penuh memori manis dan kenangan indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat JALEN kerana sudi bekerjasama dan memeriahkan RASA Layan Curry Festival. Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang.






